link : My Complicated Life
My Complicated Life
Assalamualaikum.Aku harap semua sihat walfiat belaka di musim raya ni.Sebenarnya ni kali kedua dah aku share cerita tapi cerita pertama aku tak dipublish tapi takpelah.Kalau cerita yang ni dipublish aku ucap terima kasih bebanyak la kat admin.Sebenarnya aku tak penah cerita pasal benda ni kat sapa2 so ni kira first time la.
Nama aku M dan aku tahun ni akan ambil SPM.So, korang boleh agak la umur aku berapa kan? Aku lelaki dan dilahirkan dalam keluarga yang biasa biasa sahaja.Boleh kata susah jugak la tapi aku bersyukur ade jugak orang bagi rumah untuk kami satu family duduk.Aku ni boleh kata budak bijak la sebab sejak darjah 1 aku selalu dapat nombor 1 dalam setiap exam.Masa darjah 1 ngan 2,family aku stay di daerah A dalam negeri Terengganu.Tapi lepas papa aku meninggal,kami pindah ke daerah B dalam negeri yang sama dekat dengan keluarga belah mak aku.Masuk darjah 3,aku jadi lembut.Yeap lembut.Macam2 dah orang panggil aku.
Pondan,bapok,maknyah,sotong dll.Mulut aku jugak boleh tahan laser sebab aku suka kutuk orang macam yang orang selalu label pondan.Family aku tak bagi support langsung kat aku,so aku jadi lebih teruk lah.Jalan kepit,cakap gedik,gossip ngan budak perempuan dah jadi tabiat aku masa sekolah rendah.Masa ni aku taktahu kenapa aku jadi macamtu,mungkin sebab aku hilang role model iaitu arwah papa aku.Aku jealous tengok budak lain gi sekolah pegang tangan ngan ayah dorang.Tapi aku buat biasa2 je sebab dah takdir nak buat macam mana.Kadang2 aku pernah persoalkan kenapa Allah ambil role model aku sebelum aku kenal dunia ni lebih dalam.Aku hilang tempat untuk aku mengadu masalah aku,hilang orang untuk aku belajar berpakaian and so on.Akhirnya aku jadi lembut sebab classmates perempuan selalu buat baik ngan aku.Dorang bagi aku hadiah tiap2 hari,aku ingat lagi.Aku jadi macam nekad gitu nak jadi macam dorang.
Mak aku pulak selalu sindir aku depan adik beradik dia.Aku bukan nak burukkan dia tapi aku dapat macam tu since nenek aku panggil aku anak dara lepas tu.Pakcik aku pulak selalu ejek aku.Aku tak mengamuk depan dorang tapi dalam hati aku macam nak meletup,aku hempas pintu,aku mencarut tak ingat dunia,aku mogok dan macam2 lagi menandakan aku tak suka orang mengata aku pondan.Tapi yang peliknya,aku takda rasa nak berubah pun sebab takde sape nak hulur tangan nak ajak aku kembali jadi lelaki.Darjah 6 pulak aku masuk asrama sebab nak lari dari semua ni tapi nasib aku macam tak berubah je.Masih kena kutuk and tambah satu lagi buli.Yes,buli.Sampai sekarang aku benci orang yang buli aku tu.Mentang mentang aku takda kawan since aku lembut,dorangingat dorang boleh buat suka2 je dekat aku.Tapi aku bertahan sebab tahun tu tahun last aku sekolah dekat situ.Aku buat bodoh je and tak pernah berani lawan diorang sebab aku takut kena bantai.Kat asrama aku jadi lebih gedik,jalan catwalk pastu selalu kena pinggir.Tapi aku berjaya hadap semua ni and berjaya dapat 5A dalam UPSR and Tokoh Murid.Dengar pencapaian aku macam gah je tapi takda sape yang tahu perit yang aku kene hadap nak jadi sehebat tu dengan struggle sorang diri.
Habis sekolah rendah,aku ada dapat tawaran ke sekolah elit tapi aku tolak sebab aku rasa aku tak mampu hadapi suasana sekolah dia.Tapi last2 aku menyesal sebab masa ni aku tak fikir matang2,main ikut perasaan je.Masuk tingkatan 1,aku masih lagi gedik tapi dah kurang sikit.Aku masih ingat lagi aku kena buli dengan geng yang sama dari sekolah rendah sebab diorang cakap aku sombong dengan diorang.Macam bodoh kan kena buli sebab dorang cakap aku sombong? well,tulah realitinya kalau kau sekolah kat negeri aku ni.Aku tak tahan then menangis.Ada la sorang dua tolong pujuk bagi aku berhenti nangis.Mujur ada lagi yang nak kawan ngan aku masatu.Aku tak cerita benda ni kat siapa2 pun sebab aku macam dah fobia dengan orang.Aku mula rasa benci ngan diri aku.Aku cemburu tengok budak lelaki lain yang hidup biasa2 sedangkan aku lembut dan dibenci ramai.
Habis form 1 masuklah aku ke form 2.Masa ni,aku ubah style sikit tapi hmm kena pulau lah jugak sebab muka berjerawat,berminyak rambut serabai,kulit hitam and so on.Oh,masa ni jugak kawan sekelas aku,A dia berkapel ngan B yang tua setahun dari kami.B pulak berkawan baik dengan C.Aku pulak macam suka dengan C sebab dia lawa.Tapi aku sedar diri,aku ni dahlah buruk,lembut sapelah yang nak kat aku.Aku hanya mampu tahan je perasaan suka tu.Jalan depan senior tunduk je sebab aku ni buruk dan dipinggirkan.Tapi ada hikmahnya jugak di balik semua ni sebab aku dapat fokus belajar and result maintain.Masuk form 3,I met my turning point.Aku mula rasa benci dengan lelaki yang act ganas sebab aku masih kena buli.Tapi tak semua lelaki lah aku benci cuma yang acah2 kuat ngan poyo yang aku menyampah.Lagi satu aku benci lelaki sebab kawan aku selalu ponteng koko sedangkan kiteorang kelas depan kut.Aku yang skema ni pun pergilah koko sorang2 walaupun tahu akan dipinggirkan.Aku memang skema,kerja sekolah memang kena siap,tak lawan cakap cikgu and tak pernah ponteng sekolah lagi setakat ni.Masa ni aku fikir,ada kawan pun takguna .Aku pun mulalah google dan cari maklumat sendiri nak ubah diri aku.Akhir tahun tu aku tak pondan dah,Tapi,aku berubah jadi pendiam dan tak suka duduk dalam crowd.Aku ambil masa berbulan bulan dengan berendam air mata sebab aku taknak jadi aku yang dulu.Ramai kata perubahan aku drastik sebab masa darjah 6 orang memang kenal aku dengan mulut aku yang macam perempuan,lebih lebih lagi bila aku gelak.Pasal crush aku si C tu aku dah buang sebab aku jadi awkward dengan perempuan lepastu.Sebenarnya dia orang no2 yang aku crush.Yang no1 masa aku darjah 6 tapi aku dilayan mcam nak tak nak.Aku jadi macam tak suka terus dengan perempuan,lebih lebih lagi yang gedik.Tapi aku tak benci orang lembut,tapi kalau dorang over the top macam mengilai macam potianak memang aku anti lah.
Sebenarnya aku ade sebab kenapa aku tawar hati terus.Aku gay.Yes,gay.Tapi jangan lah kecam aku sebab aku pun tak nak jadi gay ni.Im neither proud nor upset with my sexual orientation.Aku jadi gay ni bukan sebab aku kecewa ngan perempuan tapi aku memang dah rasa aku suka lelaki since aku kecik.Aku lebih suka tengok kawan lelaki,pakcik,artis lelaki dari tengok perempuan sejak kecik lagi.Aku pun terminat jugak dekat arwah papa aku.Masa tu aku kecil lagi dalam 4,5 tahun macam tu,tak kenal lagi dosa,pahala.Bila ingat balik aku rasa berdosa je sebab minat kat papa sendiri.Tapi masa tu aku tak minat lelaki 100% sebab aku ada jugak perasaan kat perempuan tapi tak sebesar perasaan aku pada lelaki.Mak aku pernah cakap yang aku sepatutnya lahir sebagai perempuan tapi tuptup aku lahir sebagai lelaki.Mungkin sebab tu kut perasaan suka dekat lelaki wujud dalam diri aku ni and mungkin sebab tu kut aku berperangai cam perempuan.Aku approach crush aku masa darjah 6 ngan form2 tu sebab aku taknak perasaan suka kat lelaki jadi makin kuat tapi semuanya tak menjadi.Hati aku koyak rabak bila fikir balik pasal aku kena reject tu tapi salah aku jugak,sebab aku lembut padahal aku sendiri taktahu kenapa aku jadi camtu.Sapelah yang nakkan orang yang lembut ni,kan?
Naik form 4,aku tak kena buli dah sebab aku dah act macam lelaki.Tapi aku still tak suka benda tough,aku tak suka bersukan sebab aku memang tak suka benda ni sejak kecil lagi.Orang pun macam dah lali dah nak mengata.Yang peliknya ramai pulak yang approach aku sebab dorang kata aku makin hensem.Kulit aku dah cerah sikit pastu jerawat pun dah takda.Cara berjalan ngan bercakap pun dah lain.Masa ni aku lega gila sebab ade yang sudi dekat dengan aku.Dalam hati aku,nak je aku jerit kat orang yang hina aku tu yang aku dah berubah dan aku tak lembut dah.Tak sia sia aku amal petua dari internet nak bagi hilang jerawat.Aku pun hidup macam biasalah sampai ke harini .Tapi aku masih gay.Aku rasa bersalah sangat sebab adalah 3,4 orang perempuan cuba rapat dengan aku tapi aku tolak mentah2.Aku rasa awkward gila sebab aku takde perasaan ape ape pun dekat perempuan.Aku tak nak dorang terseksa time kapel sebab aku maybe akan layan dorang macam nak tak nak je.Tapi aku bersyukur sangat,mungkin Allah nak lindungi aku dari buat dosa sebab sejak aku berubah sampai sekarang aku tak pernah kapel ngan perempuan sentuh2 apatah lagi.Tapi dengan lelaki aku takleh control kadang2.Bila bercakap je muka tunduk tengok lantai,sampai budak laki cop aku sombong.Weh,aku takleh tengok muka korang la sebab aku jadi tak tentu arah bila tengok lelaki.Jantung aku macam nak meletup.Tambah pulak aku ni pendiam,lagilah kene kutuk sombong.Jujur aku cakap kawan aku boleh kira pakai jari je sebab personaliti aku yang macam ni.Aku rasa sedih sangat.Aku dah tak pondan weh,tapi aku takleh sembunyi hakikat yang aku ni gay dengan introvert.Susah sangat aku nak approach orang and benda ni buat aku rasa bimbang tentang nasib aku bila aku dah besar nanti.Macam mana lah aku nak kerja,nak bersosial and nak sambung belajar nanti dengan sikap aku yang tak peramah dan bernafsu songsang ni. Yang paling aku takut, dapat ke aku bagi menantu dekat mak aku nanti ?
Hamba Allah
Sumber & Kredit: iiumc
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel My Complicated Life
Anda sekarang membaca artikel My Complicated Life dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/my-complicated-life.html