link : Nama Anak Unik, Syatilla Tak Ambil ‘Port’ Komen Netizen
Nama Anak Unik, Syatilla Tak Ambil ‘Port’ Komen Netizen
AKTRES Syatilla Melvin akui tidak mabil pusing langsung apabila para netizen mempertikaikan nama anak lelakinya iaitu Syerivsamheizy dan tidak menggangp ianya sebagai perkara yang serius.
Isteri kepada pelakon popular Shaheizy Sam ini berkata, dia meraskan ianya hanyalah gurauan daripada netizen yang mengikuti perkembangannya di media sosial.
“Saya dan suami menganggap perbuatan mereka itu lucu.Kenapa mereka perlu bertelagah pendapat mengenai nama anak kami?
“Sebagai ibu bapa kandung, kami ada hak untuk menamakan anak kami dengan nama apa pun yang kami mahu,” katanya
Syatilla berkata, mereka sepakat menamakan anak sulung mereka itu dengan nama Syerivsamheizy yang membawa maksud ‘Yang Mulia’.
“Sebenarnya, nama Syeriv itu sama dengan ejaan Syerif tetapi kami mengubah sedikit ejaannya dengan menukar huruf F kepada V supaya ada kelainan,” katanya.
Syatilla melahirkan Syerivsamheizy pada 9 Mei lalu dan kini berusia 45 hari.
Ditanya reaksi Sam mengenai perkara itu, Syatilla berkata, suaminya juga tidak tahu-menahu mengenainya.
“Kami memang jarang membaca komen netizen di laman sosial terutama yang beri komen negatif. Lebih baik saya fokus pada perkara lain yang lebih penting,” katanya lagi.-MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Nama Anak Unik, Syatilla Tak Ambil ‘Port’ Komen Netizen
Anda sekarang membaca artikel Nama Anak Unik, Syatilla Tak Ambil ‘Port’ Komen Netizen dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/nama-anak-unik-syatilla-tak-ambil-port.html