Nasyrul Quran mercu tanda pencetakan Al-Quran negara - TPM Ahmad Zahid

Nasyrul Quran mercu tanda pencetakan Al-Quran negara - TPM Ahmad Zahid - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nasyrul Quran mercu tanda pencetakan Al-Quran negara - TPM Ahmad Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nasyrul Quran mercu tanda pencetakan Al-Quran negara - TPM Ahmad Zahid
link : Nasyrul Quran mercu tanda pencetakan Al-Quran negara - TPM Ahmad Zahid

Baca juga


Nasyrul Quran mercu tanda pencetakan Al-Quran negara - TPM Ahmad Zahid

PUTRAJAYA: Kewujudan Nasyrul Quran bakal meletakkan Malaysia sebagai antara mercu tanda percetakan Al-Quran di dunia Islam, kata oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ia sekali gus usaha negara dalam memberi sumbangan kepada penghasilan, penyebaran dan memartabatkan kitab suci itu di persada dunia.

Bagaimanapun jelas beliau, pembentukan kompleks pencetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia itu bukan untuk berlumba dengan mana-mana negara.

“Kita amat menghormati pusat pencetakan Al-Quran yang terbesar di dunia iaitu di Madinah, Arab Saudi dan banyak lagi pusat-pusat percetakan Al-Quran di negara-negara Timur Tengah dan serantau.

“Bukan berhasrat mahu riak dan jauh dari bersifat takabbur, namun Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan wasatiyyah dan penuh kesederhanaan mahu turut menyumbang kepada dunia Islam bagi mencetak Al-Quran mengikut mushaf Malizi (Malaysia).”

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Wakaf Majlis Pelancaran Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2017 dan Perasmian Operasi Percetakan Al-Quran, Nasyrul Quran di Presint 14, di sini hari ini.

Menurut beliau, pengoperasian kompleks bernilai RM60 juta itu dijangka dalam menyumbang kepada keperluan seluruh umat Islam bukan sahaja dalam negara, tetapi seluruh dunia yang dijangka seramai 3 bilion orang daripada keseluruhan 9 bilion penduduk menjelang 2050.

Namun beliau turut menjelaskan, kejayaan penubuhan Nasyrul Quran tidak mungkin berlaku tanpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tunjang usaha ini.

“Iltizam atau komitmen yang begini jarang kita perolehi.

“Pembangunan Islam mungkin dapat diperhatikan dari pembinaan masjid atau institusi pendidikan, tetapi tidak ada negara yang mahu melakukan sebagaimana dilakukan oleh Perdana Menteri dalam soal menyebar luaskan Al-Quran yang didokong dan dibawa sebagai satu wadah yang baik untuk dunia,” katanya.

Nasyrul Quran mensasar pencetakan sebanyak 1 juta naskhah setahun di mana 70 peratus daripadanya untuk agihan domestik sementara selebinya untuk disumbangkan kepada negara luar yang memerlukan.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Nasyrul Quran mercu tanda pencetakan Al-Quran negara - TPM Ahmad Zahid

Sekianlah artikel Nasyrul Quran mercu tanda pencetakan Al-Quran negara - TPM Ahmad Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nasyrul Quran mercu tanda pencetakan Al-Quran negara - TPM Ahmad Zahid dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/nasyrul-quran-mercu-tanda-pencetakan-al.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :