Nazri Aziz disaran supaya lebih bersopan ketika melontarkan pandangan

Nazri Aziz disaran supaya lebih bersopan ketika melontarkan pandangan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nazri Aziz disaran supaya lebih bersopan ketika melontarkan pandangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nazri Aziz disaran supaya lebih bersopan ketika melontarkan pandangan
link : Nazri Aziz disaran supaya lebih bersopan ketika melontarkan pandangan

Baca juga


Nazri Aziz disaran supaya lebih bersopan ketika melontarkan pandangan

Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz disarankan agar lebih ‘bersopan’ ketika melontarkan padangan mahupun kritikan kepada ‘rakan-rakan’ BN.

Nazri Aziz disaran supaya lebih bersopan ketika melontarkan pandangan

Nazri Aziz disaran supaya lebih bersopan ketika melontarkan pandangan

Pensyarah kanan, Jabatan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Alsagoff berkata, ini bagi menghormati semangat setiakawanan anggota dalam BN.

“Tindakan Nazri tersebut sudah pasti menimbulkan kontroversi dari segi percakapannya dan lebih besar impaknya apabila pertuturan dan komentar beliau ditularkan dalam Internet dan dapat disaksikan oleh rakyat negara ini,” katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian, mengulas isu berkaitan kenyataan Nazri yang menggelar Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai menteri “setahun jagung”.

Rentetan itu, Pengerusi Pemuda BN Sarawak, Datuk Seri Fadillah Yusof membidas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kerana mengeluarkan kenyataan yang kasar dan tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam BN.

Memasuki episod baharu, Nazri dipetik sebagai berkata, beliau tidak peduli apa yang dikatakan pemimpin BN Sarawak terhadapnya, malah enggan mempedulikan ketua pergerakan itu sendiri.

Isu ini timbul berikutan, gesaan Abdul Karim agar kerajaan persekutuan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan yang bakal berkuatkuasa 1 Julai depan.

Mengulas lanjut, Syed berpandangan eloklah Kementerian Pelancongan dan Kerajaan Sarawak dapat bersemuka,berbincang dan berdialog mengenai hal ini bagi mengelakkan pertikaian berterusan.

“Yang akhirnya akan memberi kesan reputasi kepada nama baik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,” katanya.

Ujarnya lagi,” Persefahaman yang berteraskan kepada penjelasan menyeluruh mengenai dasar percukaian pelancongan ini harus dibuat di antara Kementerian Pelancongan dengan Kerajaan-kerjaan negeri bagi mengelakkan pertikaian atau kekaburan terhadap polisi ini”.

Sumber: Sinar

Loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Nazri Aziz disaran supaya lebih bersopan ketika melontarkan pandangan

Sekianlah artikel Nazri Aziz disaran supaya lebih bersopan ketika melontarkan pandangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nazri Aziz disaran supaya lebih bersopan ketika melontarkan pandangan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/nazri-aziz-disaran-supaya-lebih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :