link : Nelayan Lapor Bot-Bot Mereka Sering Dirompak Sekumpulan Ikan Paus Orca di Alaska
Nelayan Lapor Bot-Bot Mereka Sering Dirompak Sekumpulan Ikan Paus Orca di Alaska
Di zaman serba moden ini, bukan manusia sahaja yang mencari jalan pintas untuk cepat selesaikan masalah, malah haiwan pun sama.
Menurut satu laporan oleh Anchorage Daily News (akhbar di Alaska), sekumpulan ikan paus Orca bertindakan menggangu bot-bot nelayan tempatan, bagi mencuri ikan yang berjaya ditangkap oleh nelayan-nelayan itu.
"Mula-mula kamu hanya nampak dua ekor, dan itu tanda berakhirnya trip (mencari ikan). Tidak lama lepas tu, kesemua 40 ekor dari mereka akan mula mengelilingi kamu," kata John McHenry, pemilik kepada F/V Seymour.
Tambah McHenry, kumpulan Orca itu boleh disamakan dengan 'geng motosikal'.
Kata National Post, ikan-ikan itu telah 'belajar' masa yang tepat bila bot nelayan akan dipenuhi dengan tangkapan ikan.
Ikan Orca itu akan menunggu seharian suntuk sementara nelayan memenuhkan hasil tangkapan, dan apabila sudah banyak, paus itu akan merompak hasil tangkapan itu secara buta-buta. Malah paus itu juga dikatakan pandai memerhatikan bot-bot tertentu.
Kata pemilik bersama F/V Augustine, Paul Clampitt, ikan itu turut datang biarpun mereka menggunakan mesin pembingit elektronik haiwan - sepertinya paus Orca itu sudah terbiasa.
"Ia (mesin pembingit) sudah menjadi seperti loceng makan malam (buat paus Orca)," kata Calmpitt.
Pada Mei, kapten Robert Hanson menulis menerusi satu surat kepada North Pacific Fisheries Management Council bahawa krunya telah di diganggu tanpa henti oleh ikan paus itu.
Menurut Hanson, dia telah hilang lebih kurang 5,000kg ikan disebabkan paus terbabit dan habis 15,000 liter minyak untuk melarikan diri dari mereka.
Sumber: National Post
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Nelayan Lapor Bot-Bot Mereka Sering Dirompak Sekumpulan Ikan Paus Orca di Alaska
Anda sekarang membaca artikel Nelayan Lapor Bot-Bot Mereka Sering Dirompak Sekumpulan Ikan Paus Orca di Alaska dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/nelayan-lapor-bot-bot-mereka-sering.html