Obor KL2017 Sabah, Diarak Ke Puncak Gunung Kinabalu

Obor KL2017 Sabah, Diarak Ke Puncak Gunung Kinabalu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Obor KL2017 Sabah, Diarak Ke Puncak Gunung Kinabalu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Obor KL2017 Sabah, Diarak Ke Puncak Gunung Kinabalu
link : Obor KL2017 Sabah, Diarak Ke Puncak Gunung Kinabalu

Baca juga


Obor KL2017 Sabah, Diarak Ke Puncak Gunung Kinabalu

RANAU – Selepas diarak di Labuan, obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 kini berada di Sabah dan dibawa menuju ke puncak Gunung Kinabalu yang merupakan mercu tanda Negeri di Bawah Bayu itu sebelum larian diteruskan di seluruh negeri esok.

Obor itu diserahkan oleh Ketua Pemuda UMNO Sabah Yamani Hafez Musa kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Timpohon Gate, Taman Kinabalu di Kundasang, dekat sini, iaitu laluan permulaan pendakian ke Gunung Kinabalu, kira-kira jam 9.45 pagi tadi sebelum acara pelepasan dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO Ranau Faez Nordin.

Pendakian yang diketuai Khairy itu menyaksikan penyertaan seramai 24 pendaki dan melibatkan laluan sejauh 4,095.2 meter.

Bercakap kepada pemberita sebelum memulakan pendakian, Khairy berkata beliau dan rombongan pendaki terlebih dahulu akan bermalam di Laban Rata sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu pada awal pagi esok bagi menyalakan obor.

“Selepas itu, obor tersebut akan dibawa turun dan akan mula dibawa menjelajah ke beberapa daerah di Sabah sebelum ia diserahkan ke Sarawak,” katanya.

Khairy berkata pendakian membawa obor KL2017 ke puncak Gunung Kinabalu adalah satu pengalaman mencabar memandangkan ini adalah kali pertama beliau mendaki gunung itu dan dilakukan ketika bulan puasa.

Disamping itu, katanya, pendakian mereka juga begitu signifikan kerana ia dilakukan pada hari ulang tahun memperingati tragedi dan mangsa gempa bumi Sabah yang berlaku dua tahun lepas.

“Saya difahamkan bahawa ada sebahagian keluarga mangsa turut mendaki Gunung Kinabalu pada hari ini dan esok… mungkin ada ruang untuk saya berjumpa keluarga mangsa di Laban Rata nanti untuk bersama-sama memperingati mangsa gempa bumi yang terkorban,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, sambutan larian obor setakat ini adalah sangat baik apabila menyaksikan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah.

Sabah adalah destinasi kelima bagi larian obor itu dan dijadual menjelajahi beberapa daerah utama iaitu Ranau, Keningau, Tawau, Sandakan, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan Sipitang serta melibatkan jarak keseluruhan sejauh lebih 30 kilometer yang akan berakhir pada 8 Jun nanti.

Edisi ke-29 Sukan SEA akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos depan, manakala edisi kesembilan Sukan Para ASEAN dijadual diadakan dari 17 hingga 23 Sept. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Obor KL2017 Sabah, Diarak Ke Puncak Gunung Kinabalu

Sekianlah artikel Obor KL2017 Sabah, Diarak Ke Puncak Gunung Kinabalu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Obor KL2017 Sabah, Diarak Ke Puncak Gunung Kinabalu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/obor-kl2017-sabah-diarak-ke-puncak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :