link : OIC Ucap Tahniah Kepada Kuwait, Ivory Coast Terpilih Anggota Tidak Tetap UNSC
OIC Ucap Tahniah Kepada Kuwait, Ivory Coast Terpilih Anggota Tidak Tetap UNSC
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengucapkan tahniah kepada dua negara anggotanya Kuwait dan Ivory Coast yang terpilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi tahun 2018-2019.
Setiausaha Agung OIC Dr Yousef Al-Othaimeen dalam satu kenyataan berkata pemilihan dua negara berkenaan adalah sebagai penghargaan kepada sumbangan besar dua negara itu dalam misi keamanan dan keselamatan di peringkat serantau dan global.
Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa Kuwait dan Ivory Coast akan memanfaatkan kedudukan mereka di UNSC dengan mengutamakan kepentingan OIC dan juga negara anggotanya.
Ini adalah kali ketiga untuk Ivory Coast dipilih menjadi anggota majlis itu, dan yang kedua untuk Kuwait.
UNSC terdiri daripada lima anggota tetap iaitu China, Perancis, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, serta 10 negara anggota tidak tetap yang diundi untuk tempoh dua tahun pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel OIC Ucap Tahniah Kepada Kuwait, Ivory Coast Terpilih Anggota Tidak Tetap UNSC
Sekianlah artikel OIC Ucap Tahniah Kepada Kuwait, Ivory Coast Terpilih Anggota Tidak Tetap UNSC kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel OIC Ucap Tahniah Kepada Kuwait, Ivory Coast Terpilih Anggota Tidak Tetap UNSC dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/oic-ucap-tahniah-kepada-kuwait-ivory.html