link : OKU bangga dipilih bawa obor Sukan Sea
OKU bangga dipilih bawa obor Sukan Sea
KOTA KINABALU: Pemilihan Fariz Abd. Rani sebagai salah seorang pembawa obor Sukan Sea Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 Kuala Lumpur pada tahun ini, menjadikannya golongan orang kurang upaya (OKU) pertama negara yang terpilih melaksanakan tugas itu.
Bagi Fariz, peluang tersebut ibarat impian menjadi kenyataan kerana bukan semua orang bertuah dapat memegang obor kemegahan sukan terbesar rantau Asia Tenggara itu, tambahan pula Malaysia adalah tuan rumah pada temasya dwitahunan itu.
Fariz yang lumpuh dari bahagian pinggang ke bahagian bawah badan berkata, sebelum ini dia sering mengikuti perkembangan larian obor di media sosial serta televisyen sahaja, tetapi tidak pernah menduga dirinya juga mencatat nama sebagai pembawa obor sukan bertaraf antarabangsa.
“Saya terkejut ketika dihubungi pihak Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu yang mencari ikon untuk membawa obor Sukan Sea ini bagi mewakili mereka. Bagaimanapun, dalam masa sama saya gembira dan tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju dengan tawaran berkenaan.
“Kalau sebelum ini, saya mengikuti perkembangan larian obor ini melalui Twitter Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin, tidak sangka pula saya dapat pegang obor ini juga,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui sempena Program Larian Obor KL2017 di Kota Kinabalu, hari ini.
Acara larian obor Sukan Sea Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 di Sabah bermula pada 4 Jun lalu dengan simbolik perasmian diadakan di puncak Gunung Kinabalu, setinggi 4,095 meter oleh Khairy bersama-sama wira-wira Gunung Kinabalu yang terselamat dalam kejadian gempa bumi berskala 6.2 richter di kawasan itu dua tahun lalu.
Larian obor di Sabah diadakan di lapan daerah terpilih iaitu Ranau, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Sipitang, Beaufort, Tawau dan Sandakan.
Dalam pada itu, Fariz juga merupakan Ahli Majlis Kebangsaan Bagi OKU sesi 2017/2018 dan penerima Anugerah Khas-Usahawan OKU Peringkat Kebangsaan 2015 Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.
Anak jati Sabah ini terlibat dalam perniagaan peralatan prostetik, ortotik dan peralatan perubatan sejak 2002 serta menjadi pengasas dan pengerusi syarikat JB Prosthetic & Rehab Supply Sdn. Bhd. - UTUSAN ONLINE
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel OKU bangga dipilih bawa obor Sukan Sea
Sekianlah artikel OKU bangga dipilih bawa obor Sukan Sea kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel OKU bangga dipilih bawa obor Sukan Sea dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/oku-bangga-dipilih-bawa-obor-sukan-sea.html