Orang ramai diminta isi borang balik kampung sebelum pulang - KP Melaka

Orang ramai diminta isi borang balik kampung sebelum pulang - KP Melaka - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Orang ramai diminta isi borang balik kampung sebelum pulang - KP Melaka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Orang ramai diminta isi borang balik kampung sebelum pulang - KP Melaka
link : Orang ramai diminta isi borang balik kampung sebelum pulang - KP Melaka

Baca juga


Orang ramai diminta isi borang balik kampung sebelum pulang - KP Melaka

MELAKA: Orang ramai yang meninggalkan rumah bagi menyambut Aidilfitri diminta mengisi borang balik kampung sebelum pulang ke kampung masing-masing, kata Ketua Polis Melaka, Datuk Abd. Jalil Hassan.

Beliau berkata seperti tahun-tahun sebelum ini, Op Selamat 11/2017 memberi fokus kepada pencegahan jenayah pecah rumah serta mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya semasa perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada Ahad ini.

"Kita telah mengedarkan borang balik kampung kepada semua balai dan wakil masyarakat di ketiga-tiga daerah dalam Ibu Pejabat Polis kontinjen (IPK) Melaka iaitu Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah.

"Berdasarkan rekod pada tahun 2015 dan 2016 tiada kes pecah rumah berlaku di rumah mereka yang menghantar borang balik kampung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Ops Selamat 11/2017 sempena Aidilfitri 2017 yang berlangsung dari 18 Jun hingga 2 Julai dengan tema 'Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi'.

Beliau berkata pihak polis akan melakukan rondaan di kawasan perumahan di rumah mereka yang menghantar borang balik kampung bagi memastikan bahawa tidak berlaku kes pecah rumah di kawasan tersebut.

Beliau juga berkata sehingga hari ini hanya satu kemalangan melibatkan kematian dilaporkan berlaku di Melaka sepanjang Ops Selamat bermula pada 18 Jun.

Katanya, kawasan dikenal pasti sebagai lokasi kerap berlaku kemalangan di Melaka Tengah antaranya ialah KM (Kilometer) 50 Lebuhraya Alor Gajah Melaka (AMJ), KM 257 Jalan Umbai-Sungai Udang, KM40 Jalan Batang Tiga-Bukit Rambai, KM 1 -35 Jalan Mufthi Haji Khalil-Batu Berendam dan KM 4-13 Jalan Bukit Baru-Bukit Beruang.

Beliau berkata lokasi kerap berlaku kemalangan di Alor Gajah ialah di KM246-269 Jalan Sungai Udang -Lubok Cina, KM142 Lubok Cina-Hutan Percha dan KM17 Jalan Alor Gajah-Tampin manakala dua kawasan di Jasin ialah KM13-32 Jalan Melaka Muar dan KM15-40 Jalan Tehel-Bemban.

Abd.Jalil berkata pihak polis akan menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi menjaga keselamatan pengguna sepanjang Op Selamat.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Orang ramai diminta isi borang balik kampung sebelum pulang - KP Melaka

Sekianlah artikel Orang ramai diminta isi borang balik kampung sebelum pulang - KP Melaka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Orang ramai diminta isi borang balik kampung sebelum pulang - KP Melaka dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/orang-ramai-diminta-isi-borang-balik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :