link : Pakar Neurosains Dari London Membuktikan Misophonia Merupakan Satu Penyakit.
Pakar Neurosains Dari London Membuktikan Misophonia Merupakan Satu Penyakit.
Jika anda pernah rasa menyampah bila seseorang sedang menghirup sup dengan menghasilkan bunyi di restoren, atau jika seseorang bernafas dengan kuat di sebelah anda dalam panggung wayang sehingga buat anda rasa marah, maka anda tidak bersendirian: Anda salah seorang daripada ramai orangyang mengalami keabnormalan otak yang dipanggil Misophonia.
Misophonia, merupakan sejenis penyakit yang bermaksud penghidap bencikan bunyi seperti makan, mengunyah, bernafas kuat atau klik pen yang berulang; pertama kali dikenalpasti pada tahun 2001 dan dinamakan Misophonia.
Selama bertahun-tahun, para saintis ragu-ragu mengenai sama ada betul atau tidak ia merupakan suatu penyakit, tetapi penyelidikan terbaru yang diketuai oleh sepasukan penyelidik di Universiti Newcastle, UK telah membuktikan bahawa mereka yang misophonia mempunyai perbezaan dalam lobus frontal otak mereka berbanding mereka yang tidak mempunyai masalah itu.
Dalam satu laporan yang diterbitkan dalam Jurnal Current Biology, Saintis menyatakan daripada scan otak penderita Misophobia didapati terdapat perubahan dalam aktiviti otak apabila bunyi yang tidak disenangi itu didengari.
Pengimejan otak mendedahkan bahawa orang yang dalam keadaan ini mempunyai kelainan dalam mekanisme kawalanan emosi mereka yang menyebabkan otak mereka terlebih reaksi apabila mendengar bunyi pencetus itu.
Para penyelidik juga mendapati bahawa bunyi pencetus itu boleh membangkitkan dan meningkatkan tindak balas fisiologi, serta meningkatkan kadar degupan jantung dan perpeluhan.
Dalam kajian ini, MRI digunakan untuk mengukur aktiviti otak sambil subjek didengarkan bunyi yang pelbagai. Subjek terdiri daripada orang yang mempunyai masalah misophonia dan tiada misophonia.
Bunyi yang didengarkan pula dikategorikan kepada :
1. bunyi neutral (hujan, suasana kafe yang sibuk, air mendidih),
2. bunyi yang tidak menyenangkan (bayi menangis, orang menjerit) dan
3. bunyi pencetus(bunyi orang bernafas dan bunyi makan).
Apabila didengarkan dengan bunyi pencetus, mereka yang menderita misophonia menunjukkan keputusan yang sangat berbeza berbanding dengan mereka yang tidak menderita misophonia.
Dr Sukhbinder Kumar, dari Institut Neurosains, University Newcastle dan Wellcome Centre for NeuroImaging, University College London, berkata "Kajian ini menunjukkan perubahan otak yang kritikal sebagai bukti tambahan untuk meyakinkan komuniti bahawa misophonia merupakan sejenis penyakit"
sumber: Time.com
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Pakar Neurosains Dari London Membuktikan Misophonia Merupakan Satu Penyakit.
Anda sekarang membaca artikel Pakar Neurosains Dari London Membuktikan Misophonia Merupakan Satu Penyakit. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pakar-neurosains-dari-london.html