Pakar Terapi Tisu Lembut ISN Meninggal Dunia

Pakar Terapi Tisu Lembut ISN Meninggal Dunia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pakar Terapi Tisu Lembut ISN Meninggal Dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pakar Terapi Tisu Lembut ISN Meninggal Dunia
link : Pakar Terapi Tisu Lembut ISN Meninggal Dunia

Baca juga


Pakar Terapi Tisu Lembut ISN Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Pakar Terapi Tisu Lembut, Ronald Fauvel yang berkhidmat di bahagian Podium meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) disebabkan komplikasi pernafasan.

Menurut Institut Sukan Negara (ISN) dalam kenyataan media hari ini, Fauvel, 59, mula berkhidmat dengan ISN pada 15 Jun 1995 yang terletak di Stadium Jalan Raja Muda dan ditugaskan mengendali pasukan olahraga di bawah program Jaya 98.

“Beliau juga merupakan pakar terapi urut khusus buat jaguh skuasy negara, Datuk Nicol David dan mengiringi pemain itu di setiap kejohanan dalam dan luar negara,” menurut kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook ISN hari ini.

Mendiang meninggalkan seorang balu dan dua anak lelaki.

Pemergian mendiang Fauvel turut mendapat perhatian bekas Ketua Pegawai Eksekutif ISN Datuk Dr Ramlan Abd Aziz yang menyifatkan beliau seorang yang baik hati serta mempunyai pengalaman dan kepakaran yang tinggi dalam bidangnya.

“Tidak pasti sebab kematian tetapi beliau pernah dimasukkan ke wad hospital kerana demam virus baru-baru ini. Beliau banyak menyumbang jasa dan bakti kepada sukan negara sejak mula bertugas di ISN. Salam takziah kepada anggota keluarganya di Kanada.

“Saya berasa amat sedih atas pemergiannya kerana lama bersahabat dan bekerja bersama mendiang, selaku ketuanya,” kata Dr Ramlan menerusi akaun Facebook miliknya. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pakar Terapi Tisu Lembut ISN Meninggal Dunia

Sekianlah artikel Pakar Terapi Tisu Lembut ISN Meninggal Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pakar Terapi Tisu Lembut ISN Meninggal Dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pakar-terapi-tisu-lembut-isn-meninggal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :