Peluang Masih Ada Untuk Ke Pusingan Akhir WMHL

Peluang Masih Ada Untuk Ke Pusingan Akhir WMHL - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peluang Masih Ada Untuk Ke Pusingan Akhir WMHL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peluang Masih Ada Untuk Ke Pusingan Akhir WMHL
link : Peluang Masih Ada Untuk Ke Pusingan Akhir WMHL

Baca juga


Peluang Masih Ada Untuk Ke Pusingan Akhir WMHL

KUALA LUMPUR – Malaysia terlepas slot automatik ke Final Liga Hoki Lelaki Dunia (WMHL) di India, Disember ini, apabila menduduki tempat keempat selepas kalah 4-1 kepada England pada saingan Separuh Akhir WMHL di London, malam ini.

Pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, skuad negara gagal memberi saingan kepada England apabila ketinggalan 0-3 selepas minit ke-28 perlawanan.

England, yang kalah tipis 2-0 kepada Belanda pada aksi separuh akhir semalam, memulakan perlawanan dengan rentak kemas dan pantas sebelum pakar pukulan sudut, Harry Martin membuka tirai jaringan seawal minit kelima.

Empat minit kemudian, David Ames melakukan jaringan padang untuk memperkukuhkan kedudukan sebelum Harry menambah jaringan peribadi keduanya pada minit ke-28.

Bagaimanapun, skuad Malaysian Tigers merapatkan jurang pada minit ke-53 menerusi jaringan padang oleh Faizal Saari sebelum England menutup tirai jaringan seminit sebelum tamat perlawanan oleh Phil Roper pada minit ke-59.

England, selaku pasukan ketiga terbaik pada kempen ini, layak ke Final WMHL di Bhubaneswar, akhir tahun ini manakala Malaysia masih mempunyai peluang merebut slot terakhir sekiranya dapat mengatasi pasukan keempat bagi kempen Separuh Akhir WMHL di Johannesburg, Afrika Selatan.

Hanya tiga pasukan terbaik masing-masing bagi kempen Separuh Akhir WMHL di London dan Johannesburg, Afrika Selatan, mara ke pusingan final yang mengandungi lapan pasukan.

India, selaku tuan rumah, mendapat slot ketujuh manakala slot terakhir akan menjadi penentuan perlawanan antara pasukan keempat di London dan Johannesburg.

Bagaimanapun, Malaysia menempah slot automatik ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India apabila lima pasukan terbaik kepada kempen Separuh WMHL di London layak ke pusingan akhir Piala Dunia. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Peluang Masih Ada Untuk Ke Pusingan Akhir WMHL

Sekianlah artikel Peluang Masih Ada Untuk Ke Pusingan Akhir WMHL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peluang Masih Ada Untuk Ke Pusingan Akhir WMHL dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/peluang-masih-ada-untuk-ke-pusingan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :