link : Pemandu Myvi melawan arus serah diri, direman 4 hari
Pemandu Myvi melawan arus serah diri, direman 4 hari
Permohonan reman dibenarkan oleh Majistret Ahmad Farid Ahmad Kamal di Mahkamah Majistret Kulai pagi tadi.
Pemandu terbabit sebelum itu telah menyerah diri di bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai pagi ini.
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Najmuddin Mohd, polis telah merekodkan percakapan pemandu berkenaan yang datang secara berseorangan kira-kira jam 1.10 pagi tadi
Kes disiasat dibawah seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun dan denda tidak kurang 5 ribu ringgit dan tidak melebihi 15 ribu ringgit.
Sebelum ini sebuah video berdurasi 1 minit 27 saat yang memaparkan sebuah kereta jenis Myvi yang dipandu dalam keadaan laju di lorong bertentangan di lebuh raya PLUS menjadi tular di media sosial.
PLUS dalam satu kenyataan semalam berkata pihaknya memandang serius insiden terbabit dan menggesa saksi tampil membantu memberikan maklumat.
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi berkata tindakan pemandu itu jelas mengundang bahaya dan mengancam keselamatan pengguna lebuh raya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Pemandu Myvi melawan arus serah diri, direman 4 hari
Anda sekarang membaca artikel Pemandu Myvi melawan arus serah diri, direman 4 hari dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pemandu-myvi-melawan-arus-serah-diri.html