link : Pemandu Tersalah Masuk Gear Langgar Tembok dan Terjunam di Kondominium di Setapak
Pemandu Tersalah Masuk Gear Langgar Tembok dan Terjunam di Kondominium di Setapak
Sebelum memandu, pastikan semuanya dalam keadaan baik dan sepatutnya. Sebagai contoh, pastikan anda memasukkan gear yang betul sebelum meneruskan pemanduan jika tidak mahu jadi seperti ini.
Seorang pemandu berusia dalam lingkungan 20-an trauma selepas kereta yang dipandunya terjunam dari tingkat dua parkir sebuah kondominium kelmarin.
Difahamkan ketika kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, pemandu tersebut ingin keluar dari kawasan parkir kondominium PV3, Taman Melati di Setapak.
Namun, ketika mahu mengundurkan keretanya, dia tersilap masuk gear kenderaan tersebut dan tanpa menyedari akan hal itu, mangsa terus menekan pedal minyak menyebabkan keretanya ke depan dan melanggar tembok dinding tersebut.
Menurut Harian Metro, sebaik sahaja terjunam, orang awam yang menyaksikan kejadian membantu mengeluarkan mangsa sebelum sepasukan anggota bomba tiba di lokasi. Thank you semua!
Anggota yang berada di lokasi kemudian melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan dan melakukan pembersihan sisa tumpahan petrol di lokasi kejadian.
Next time, pandang dulu tempat gear tu untuk make sure betul ke tidak…
Baca: Warga Emas Maut, Suami Cedera Dalam Kemalangan Yang Berpunca Dari Kotak Tisu
Demikianlah Artikel Pemandu Tersalah Masuk Gear Langgar Tembok dan Terjunam di Kondominium di Setapak
Anda sekarang membaca artikel Pemandu Tersalah Masuk Gear Langgar Tembok dan Terjunam di Kondominium di Setapak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pemandu-tersalah-masuk-gear-langgar.html