Pembangunan TRX berjalan mengikut jadual - PM Najib

Pembangunan TRX berjalan mengikut jadual - PM Najib - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembangunan TRX berjalan mengikut jadual - PM Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembangunan TRX berjalan mengikut jadual - PM Najib
link : Pembangunan TRX berjalan mengikut jadual - PM Najib

Baca juga


Pembangunan TRX berjalan mengikut jadual - PM Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpuas hati dengan perkembangan pembangunan projek Tun Razak Exchange (TRX) selepas meninjau sendiri pembangunan projek berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, 70 peratus plot TRX sudah dibangunkan malah TRX turut mendapat pelaburan daripada beberapa syarikat terkemuka antarabangsa.

Katanya, kerajaan tidak terdesak untuk menjual bakinya secara tergesa-gesa kerana mahu mempertimbangkan tawaran terbaik sebelum memutuskan sebarang penjualan.

"Banyak institusi kewangan menyatakan minat (untuk membangunkan TRX) kerana ia bakal menjadi pusat perniagaan di Kuala Lumpur.

"CCB (China Construction Bank) sudah pun menyatakan hasrat mahu menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat operasi, dan mereka kini sedang berunding untuk membina satu menara mercu di sini," katanya ketika ditemui di Galeri TRX di sini, hari ini.

Beliau turut berharap lebih banyak institusi kewangan asing akan menjadikan Tun Razak Exchange (TRX), yang dijangka menjadi pusat utama kewangan dan perniagaan antarabangsa, sebagai hab pembangunan masing-masing.

"Seperti yang sudah sedia maklum, China Construction Bank sudah pun berjanji menjadikan TRX sebagai pusat kewangan mereka dan mereka juga sedang berunding untuk membina menara sendiri di TRX. Saya berharap institusi lain akan turut serta," katanya.

TRX yang melibatkan pembangunan di kawasan seluas 28.33 hektar, dengan nilai pembangunan kasar  RM40 bilion, bakal menjadi pembangunan yang sangat menarik dan meningkatkan nilai kawasan berkenaan.

Beliau diberikan taklimat terkini mengenai pembangunan TRX semasa lawatan itu.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang juga Pengerusi TRX City Sdn Bhd, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif TRX City, Datuk Azmar Talib.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pembangunan TRX berjalan mengikut jadual - PM Najib

Sekianlah artikel Pembangunan TRX berjalan mengikut jadual - PM Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembangunan TRX berjalan mengikut jadual - PM Najib dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pembangunan-trx-berjalan-mengikut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :