Pembantu Rumah Nafi Dera Anak Majikan, Rakaman Video CCTV Menjelaskan Semuanya

Pembantu Rumah Nafi Dera Anak Majikan, Rakaman Video CCTV Menjelaskan Semuanya - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembantu Rumah Nafi Dera Anak Majikan, Rakaman Video CCTV Menjelaskan Semuanya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembantu Rumah Nafi Dera Anak Majikan, Rakaman Video CCTV Menjelaskan Semuanya
link : Pembantu Rumah Nafi Dera Anak Majikan, Rakaman Video CCTV Menjelaskan Semuanya

Baca juga


Pembantu Rumah Nafi Dera Anak Majikan, Rakaman Video CCTV Menjelaskan Semuanya


SHAH ALAM - Pembantu rumah adalah individu yang diharapkan oleh ibu bapa yang berkerjaya untuk menjaga anak-anak mereka dan juga rumah ketika mereka keluar berkerja. Dek kerana tidak mempunyai pilihan mereka terpaksa juga menggunakan perkhidmatan pembantu rumah biarpun bermacam kes yang sering berlaku dipaparkan di kaca TV.

Baru-baru ini satu lagi kes yang membabitkan pembantu rumah telah berlaku dan dikongsikan oleh seorang wanita iaitu Mandy Chee yang memuat naik rakaman video dan juga gambar yang memaparkan anak rakannya telah didera oleh pembantu rumah seorang warga Indonesia.

Setelah disoalsiasat, wanita berkenaan tidak mengaku perbuatannya itu, sedangkan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasangkan di tempat kejadian telah menunjukkan semua kelakuannya itu ketika majikannya tiada di rumah.

Menurut Mandy melalui Facebook, rakannya telah memecat pembantu rumah terbabit selepas terbukti dia mendera anak majikannya dan pembantu rumah itu langsung tidak menyangka semua perbuatannya itu telah dirakamkan, malah dia juga turut memadamkan lampu agar perlakuannya itu tidak dapat direkodkan menerusi CCTV apabila dalam keadaan gelap. Namun, sangkaannya meleset apabila CCTV terbabit mempunyai fungsi infrared yang mana boleh direkodkan walaupun keadaan gelap gelita.

Melalui rakaman itu jelas menunjukkan wanita itu kelihatan sedang berbual dengan seseorang di telefon dan menjadi berang setelah anak majikannya itu mula menangis, lalu dia mengetuk kepala kanak-kanak berkenaan dengan menggunakan satu objek yang dikatakan remote TV. Kemudiannya, dia kelihatan menarik rambut kanak-kanak terbabit sehingga terangkat sebelum mendukungnya serta menampar kepala mangsa dengan kuat.

Selepas kejadian itu, kawan saya telah menunjukkan rakaman video CCTV itu kepada pembantu rumah terbabit, tetapi dia memberikan berbagai alasan dan berkata dia hanya mengelap nasi yang dikatakan telah melekat di atas rambut kanak-kanak lelaki tersebut.

Menurut Mandy lagi, rakannya itu memintanya menyebarkan rakaman video dan gambar berkaitan wanita terbabit dimuat naik ke media sosial supaya menjadi pengajaran kepada orang lain agar tiada lagi majikan yang akan menjadi mangsa sepertinya setelah mengambil wanita itu menjadi pembantu rumah, katanya.


Orang ramai dan ibu bapa yang berkerjaya terutamanya dinasihatkan agar berhati-hati ketika ingin mengambil perkhidmatan pembantu rumah dan adalah disarankan agar ibu bapa juga memasangkan CCTV di rumah untuk membuat pemantauan terhadap gerak-geri pembantu rumah agar tidak berlaku lagi kejadian yang tidak diingini.
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pembantu Rumah Nafi Dera Anak Majikan, Rakaman Video CCTV Menjelaskan Semuanya

Sekianlah artikel Pembantu Rumah Nafi Dera Anak Majikan, Rakaman Video CCTV Menjelaskan Semuanya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembantu Rumah Nafi Dera Anak Majikan, Rakaman Video CCTV Menjelaskan Semuanya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pembantu-rumah-nafi-dera-anak-majikan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :