Pembunuhan Kim Jong-nam: 16 Jun ditetapkan untuk pengurusan kes

Pembunuhan Kim Jong-nam: 16 Jun ditetapkan untuk pengurusan kes - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembunuhan Kim Jong-nam: 16 Jun ditetapkan untuk pengurusan kes, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembunuhan Kim Jong-nam: 16 Jun ditetapkan untuk pengurusan kes
link : Pembunuhan Kim Jong-nam: 16 Jun ditetapkan untuk pengurusan kes

Baca juga


Pembunuhan Kim Jong-nam: 16 Jun ditetapkan untuk pengurusan kes



KUALA LUMPUR - Kes dua wanita warga asing yang dituduh membunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, ditetapkan untuk pengurusan kes pada 16 Jun ini.

Perkara itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohamad Nasrudin Mohamed pada 9 pagi tadi.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik, mewakili warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, mengesahkan perkara itu dan berkata kedua-dua tertuduh akan dibawa ke mahkamah pada hari berkenaan.

Siti Aisyah, 25, dari Indonesia dan Doan didakwa bersama empat orang lagi yang masih bebas, membunuh Kim Chol, 45, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 9 pagi 13 Februari lepas.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada 30 Mei lepas, Mahkamah Majistret Sepang memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan permohonan oleh Pengarah Pendakwaan Selangor Muhamad Iskandar Ahmad supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi berdasarkan Seksyen 177A Kanun Prosedur Jenayah.

Pengakuan mereka akan direkodkan semasa sebutan semula kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana hukuman mati adalah di bawah bidang kuasa mahkamah itu.

Dilaporkan bahawa Jong-nam berada di KLIA2 pada 13 Februari untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita mendekatinya lalu menyapu mukanya dengan cecair toksik yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Jong-nam, yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Beliau datang ke Malaysia pada 6 Februari. -Bernama
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pembunuhan Kim Jong-nam: 16 Jun ditetapkan untuk pengurusan kes

Sekianlah artikel Pembunuhan Kim Jong-nam: 16 Jun ditetapkan untuk pengurusan kes kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembunuhan Kim Jong-nam: 16 Jun ditetapkan untuk pengurusan kes dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pembunuhan-kim-jong-nam-16-jun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :