link : Pemimpin Pembangkang Iktiraf Tangani Gejala Buli
Pemimpin Pembangkang Iktiraf Tangani Gejala Buli
KUALA LUMPUR – “Saya mengakui kerajaan (Malaysia) sudah melakukan yang terbaik dalam usaha membanteras gejala buli,” kata Ketua Wanita Parti Amanah Negara (PAN), Dr. Siti Mariah Mahmud.
Menurut beliau, antara usaha yang dilakukan kerajaan termasuk menerbitkan iklan-iklan di televisyen sebagai ingatan dan pengajaran kepada masyarakat berhubung gejala buli.
Bagaimanapun, kata beliau, kejadian buli masih berlaku, maka memerlukan kerjasama semua pihak untuk memastikan perbuatan jenayah itu dapat dihentikan.
Beliau dalam pada itu membangkitkan persoalan sama ada gejala buli yang berlaku dalam kalangan pelajar di Malaysia disebabkan pengaruh aksi-aksi ganas dalam filem.
“Saya berpandangan, krisis moral yang terlampau sadis dalam kalangan remaja hari ini perlu diberikan perhatian khusus oleh pelbagai pihak.
“Mungkin ada kala mereka tidak menunjukkan kecenderungan yang ganas tetapi kerana gagal mengawal rasa marah, mereka sanggup bertindak di luar batasan malah tindakan kejam serta keterlaluan sehingga membabitkan objek merbahaya membayangkan tipisnya pertimbangan akal dan perikemanusiaan pembuli.
“Dari manakah mereka mendapat ilham kaedah pembulian melampau seperti ini? Adakah terpengaruh dengan aksi-aksi ganas dalam filem-filem?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kejadian dua pelajar T.Nhaveen dan Zulfarhan Osman Zulkarnian yang meninggal dunia dipercayai akibat menjadi mangsa buli.
Siti Mariah berkata, usia pembuli terbabit masih mentah tetapi dengan kejadian sehingga meragut nyawa mencalarkan masa depan mereka. -MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Pemimpin Pembangkang Iktiraf Tangani Gejala Buli
Anda sekarang membaca artikel Pemimpin Pembangkang Iktiraf Tangani Gejala Buli dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pemimpin-pembangkang-iktiraf-tangani.html