Penemuan Mengejutkan Bandar Purba Islam Yang Terkubur Lebih 1000 Tahun

Penemuan Mengejutkan Bandar Purba Islam Yang Terkubur Lebih 1000 Tahun - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penemuan Mengejutkan Bandar Purba Islam Yang Terkubur Lebih 1000 Tahun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penemuan Mengejutkan Bandar Purba Islam Yang Terkubur Lebih 1000 Tahun
link : Penemuan Mengejutkan Bandar Purba Islam Yang Terkubur Lebih 1000 Tahun

Baca juga


Penemuan Mengejutkan Bandar Purba Islam Yang Terkubur Lebih 1000 Tahun


Tapak masjid abad ke-12 (Foto: Timothy Insoll)
Penduduk Harlaa, sebuah bandar kecil di timur Ethiopia, selalu mengesyaki terdapat sesuatu yang istimewa tentang bandar mereka.
Selama bertahun-tahun, para petani telah menjumpai duit syiling China, tembikar lama, dan batu-batu bangunan begitu besar sehingga penduduk tempatan mengatakan bahawa hanya gergasi yang dapat memindahkannya.


Peta Harlaa (Foto: Nadia Khalaf)
Kini penggalian arkeologi selama dua tahun oleh pasukan dari Universiti Exeter, Addis Ababa, dan Leuven di Belgium telah mengesahkan beberapa sangkaan penduduk.
Para penyelidik telah menemui bukti sebuah bandar perdagangan purba yang hilang yang dikatakan berusia lebih 1000 tahun. Kewujudan bandar tersebut dipercayai berkait dengan Teluk, Mesir, dan India, serta bandar-bandar Islam di seluruh Afrika.
Pasukan arkeologi menjumpai sisa-sisa yang kelihatan seperti masjid pada abad ke-12, sama seperti yang terdapat di Tanzania dan Somaliland, perhiasan, serta tembikar dari China dan Maldives. Mereka juga menjumpai syiling Mesir dari abad ke-13.
"Penemuan ini mengubah pemahaman kita terhadap perdagangan dan arkeologi di bahagian Ethiopia yang selama ini terabai.
"Apa yang kami temui menunjukkan kawasan ini merupakan pusat perdagangan di rantau ini. Kota ini begitu kaya, menjadi pusat kosmopolitan untuk pembuatan perhiasan," kata Timothy Insoll dari Institut Pengajian Arab dan Islam di University of Exeter.
(Foto: Timothy Insoll)

(Foto: Timothy Insoll)

Penyelidikan arkeologi kecil telah dilakukan di tapak-tapak Islam di negara ini. Penyelidik yang membuat penyelidikan di rantau ini biasanya memfokuskan mencari bukti tentang manusia awal.
Artifak akan disimpan dan dipamerkan di pusat warisan tempatan di Harlaa. Ahli arkeologi merancang satu lagi penggalian besar pada tahun depan, memfokuskan penggalian mereka lebih jauh di bawah tanah dan ke tapak dalam jarak 100 kilometer (kira-kira 60 batu).
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Penemuan Mengejutkan Bandar Purba Islam Yang Terkubur Lebih 1000 Tahun

Sekianlah artikel Penemuan Mengejutkan Bandar Purba Islam Yang Terkubur Lebih 1000 Tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penemuan Mengejutkan Bandar Purba Islam Yang Terkubur Lebih 1000 Tahun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/penemuan-mengejutkan-bandar-purba-islam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :