Penganjuran rumah terbuka medium rapat ukhwah pelbagai kaum di Perak - Zambry

Penganjuran rumah terbuka medium rapat ukhwah pelbagai kaum di Perak - Zambry - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penganjuran rumah terbuka medium rapat ukhwah pelbagai kaum di Perak - Zambry, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penganjuran rumah terbuka medium rapat ukhwah pelbagai kaum di Perak - Zambry
link : Penganjuran rumah terbuka medium rapat ukhwah pelbagai kaum di Perak - Zambry

Baca juga


Penganjuran rumah terbuka medium rapat ukhwah pelbagai kaum di Perak - Zambry

IPOH: Penganjuran majlis rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan setiap tahun berjaya menjadi medium untuk merapatkan ukhwah antara rakyat pelbagai kaum di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata perayaan Aidilfitri membuktikan keunikan dan kelebihan masyarakat di negeri ini yang sentiasa bersatu padu dalam kepelbagaian dan perbezaan diraikan bersama dalam perayaan dengan begitu meriah tanpa mengira bangsa dan agama.

"Ini menandakan semangat dan tradisi rakyat saban tahun dalam menyambut Aidilfitri dan inilah contoh keamanan yang terdapat di negara kita yang tidak mungkin dapat merasai suasana seperti ini di negara lain.

"Semangat yang ditunjukkan berjaya merapatkan jurang perbezaan agama dan kaum oleh masyarakat di negeri ini untuk meraikan Aidilfiti dan ia merupakan satu contoh terbaik yang perlu diikuti oleh generasi akan datang," katanya.

Zambry berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri Perak yang diadakan di kediaman rasmi menteri besar di sini pada Ahad.

Pada majlis itu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke majlis rumah terbuka itu yang dihadiri oleh 20,000 orang.

Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Pelbagai hidangan juadah seperti rendang, ketupat, nasi himpit, lemang, sate dan kuih-muih dihidangkan kepada para pengunjung selain kanak-kanak diberikan duit raya.

Orang ramai mula membanjiri kediaman rasmi itu seawal pukul 12 tengah hari dan beratur panjang untuk bersalaman dengan Zambry serta isterinya Datin Seri Saripah Zulkifli.

Perkhidmatan Uber disediakan secara percuma untuk caj perjalanan RM10 ke bawah serta turut disediakan perkhidmatan bas kepada orang ramai yang hadir ke majlis tersebut bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan kediaman rasmi menteri besar.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Penganjuran rumah terbuka medium rapat ukhwah pelbagai kaum di Perak - Zambry

Sekianlah artikel Penganjuran rumah terbuka medium rapat ukhwah pelbagai kaum di Perak - Zambry kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penganjuran rumah terbuka medium rapat ukhwah pelbagai kaum di Perak - Zambry dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/penganjuran-rumah-terbuka-medium-rapat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :