link : Penjawat Awam Sabah Terima 'Duit Raya' RM500
Penjawat Awam Sabah Terima 'Duit Raya' RM500
KOTA KINABALU: Seramai 17,480 penjawat awam Sabah akan menerima bayaran khas sebanyak RM500 sempena sambutan Aidilfitri.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata kerajaan negeri memutuskan untuk memberi bayaran khas itu sejajar keputusan kerajaan pusat pada 2 Jun lepas.
Beliau berkata pembayaran akan dibuat serentak dengan gaji bulan Jun iaitu pada 16 Jun ini.
"Bayaran Khas Kewangan ini bertujuan untuk meringankan beban dan kos sara hidup penjawat Perkhidmatan Awam Negeri bagi menghadapi persediaan Aidilfitri.
"Bayaran Khas Kewangan ini juga merupakan penghargaan kerajaan negeri atas sumbangan dan dedikasi penjawat awam negeri dalam melaksanakan tugas-tugas mereka demi kesejahteraan negeri ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, implikasi kewangan terlibat untuk pembayaran Bayaran Khas Kewangan adalah sebanyak RM8,740,000.-Bernama
Demikianlah Artikel Penjawat Awam Sabah Terima 'Duit Raya' RM500
Sekianlah artikel Penjawat Awam Sabah Terima 'Duit Raya' RM500 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penjawat Awam Sabah Terima 'Duit Raya' RM500 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/penjawat-awam-sabah-terima-duit-raya.html