link : Penyamun berpurdah selamba toreh beg wanita curi duit ketika di kaunter bayaran
Penyamun berpurdah selamba toreh beg wanita curi duit ketika di kaunter bayaran
Menyamar dengan berpakaian seperti wanita. Itu modus operandi seorang lelaki untuk mencuri wang tunai dan barangan berharga milik mangsa dengan menoreh beg tangan mereka ketika berada di kaunter pembayaran di pusat beli-belah.
Suspek yang dilihat memakai jubah wanita dan berpurdah itu mensasarkan mangsa yang sedang leka menjawab panggilan telefon ketika berada di kaunter pembayaran sebelum menoreh beg tangan mangsa.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, seorang wanita warga emas menjadi mangsa terbaru suspek ketika dia sedang membuat pembayaran di kaunter sebuah pusat beli-belah di Medan Idaman, di sini, 30 Mei lalu.
Menurut anak mangsa, Ridzuan Radzi, 38, ibunya, Latifah Abd Majid, 64, berada di pusat beli-belah berkenaan untuk membeli keperluan harian sebelum berbaris di kaunter pembayaran berhampiran pintu keluar.
Katanya, ketika berada di kaunter pembayaran, ibu menyedari seorang ‘wanita’ yang memakai jubah dan berpurdah berdiri di belakangnya, namun tidak membawa sebarang barangan untuk dibayar.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Sumber: Harian Metro
Demikianlah Artikel Penyamun berpurdah selamba toreh beg wanita curi duit ketika di kaunter bayaran
Anda sekarang membaca artikel Penyamun berpurdah selamba toreh beg wanita curi duit ketika di kaunter bayaran dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/penyamun-berpurdah-selamba-toreh-beg.html