Penyerang Masjid London Mahu Bunuh Semua Muslim

Penyerang Masjid London Mahu Bunuh Semua Muslim - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penyerang Masjid London Mahu Bunuh Semua Muslim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penyerang Masjid London Mahu Bunuh Semua Muslim
link : Penyerang Masjid London Mahu Bunuh Semua Muslim

Baca juga


Penyerang Masjid London Mahu Bunuh Semua Muslim


LONDON – Suspek yang juga bapa kepada empat anak, Darren Osborne ditahan selepas dipercayai memandu van yang merempuh umat Islam di sebuah masjid di Finsbury Park di sini, semalam.

Identiti suspek didedahkan media Britain termasuk stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC), hari ini, susulan insiden semalam, yang mengorbankan seorang mangsa, selain mencederakan 10 yang lain.

Menurut laporan, penduduk tempatan menahan Osborne sebelum diserahkan kepada pihak polis atas tuduhan mengeluarkan arahan, merancang atau berniat melakukan keganasan, termasuk bunuh atau cubaan membunuh.

Identiti Osborne selaku penyerang dalam kejadian itu turut dilaporkan oleh BBC, namun polis Metropolitan London enggan mendedahkan nama suspek sehingga dia dihadapkan ke mahkamah.

Dalam pada itu, beberapa jemaah yang menceritakan mereka yang meninggalkan masjid itu kebetulan sedang membantu seorang lelaki lanjut usia yang tidak sihat sebelum sebuah van menyasarkan mereka dengan sengaja.

Menurut para saksi, van itu dipandu oleh penyerang yang menjerit: “Saya mahu bunuh semua orang Islam.” Ia belok ke arah individu di luar masjid sejurus selepas mereka membantu lelaki berkenaan, yang pengsan.

“Dia membelok kiri ke lorong belakang dan merempuh para pejalan kaki,” kata saksi Abdiqadir Warra kepada AFP. “Sebilangan daripada mereka juga diheret beberapa meter.”

Para penduduk tempatan kemudian melompat ke arah lelaki tersebut dan menahannya sementara menantikan polis untuk tiba di tempat kejadian. Van itu membelok ke kiri dengan sengaja dan “merempuh orang ramai”.

Seorang lelaki terperangkap di bawah van tersebut dan orang ramai cuba mengangkat kenderaan berkenaan untuk membebaskannya.

Amin berkata bahawa apabila orang ramai menahan pemandu tersebut, dia menjerit: ‘Semua orang Islam, saya mahu bunuh semua orang Islam. “Dia benar-benar berkata demikian. Sepatah demi sepatah.”

Polis menyatakan bahawa seorang lelaki sudahpun ditangkap di tempat kejadian dan bahawa tiada lagi suspek yang dikenal pasti sejauh ini. – AFP/BH ONLINE
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Penyerang Masjid London Mahu Bunuh Semua Muslim

Sekianlah artikel Penyerang Masjid London Mahu Bunuh Semua Muslim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penyerang Masjid London Mahu Bunuh Semua Muslim dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/penyerang-masjid-london-mahu-bunuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :