Perak Akan Lancar Op Selamat Di Hospital

Perak Akan Lancar Op Selamat Di Hospital - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perak Akan Lancar Op Selamat Di Hospital, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perak Akan Lancar Op Selamat Di Hospital
link : Perak Akan Lancar Op Selamat Di Hospital

Baca juga


Perak Akan Lancar Op Selamat Di Hospital

BAGAN SERAI – Pelancaran kempen Op Selamat 11/2017 peringkat negeri Perak pada 22 Jun ini, akan dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini sebagai usaha memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya.

Pengerusi Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata menerusi pemilihan lokasi itu, pihaknya dapat menunjukkan mereka yang cedera akibat kemalangan sebagai iktibar kepada pengguna jalan raya yang tidak menjaga keselamatan ketika memandu.

“Walaupun kemalangan maut meningkat setiap tahun, kali ini kita buat pendekatan yang berbeza dalam menyedarkan orang ramai supaya lebih berhati-hati di jalan raya.

“Selain itu, kita juga sentiasa memantau 27 lokasi panas yang kerap berlaku kemalangan di negeri ini dan tingkatkan ciri keselamatan, papan tanda serta menaik taraf jalan yang perlu dibaiki,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis kesyukuran projek Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) peringkat negeri di Masjid Al-Ridzuan, Teluk Medan dekat sini , malam tadi.

Zainol berkata setiap tahun lokasi panas mungkin akan bertambah dengan adanya jalan baru yang dibina seperti Jalan Bikam-Sungkai.

Sementara itu, Pengurus Besar (Perkhidmatan Pelanggan) Perak Bahagian Pembahagian TNB Datuk Abd Jalil Raja Zaid berkata sejak 2008 hingga sekarang, sebanyak 63 rumah telah dibaik pulih dan dibina baru membabitkan kos RM2.43 juta di Perak.

Katanya projek tersebut merupakan tanggungjawab sosial korporat TNB kepada mereka yang memerlukan terutama orang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan golongan miskin.

“Pembiayaan projek berkenaan menggunakan wang zakat TNB,” katanya.

Abd Jalil berkata bagi sambutan Syawal tahun ini, 17 keluarga asnaf menerima rumah baharu di bawah projek Baiti Jannati TNB di negeri ini.

Beliau berharap mereka yang menerima bantuan tersebut dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih selesa, seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang lebih meriah dan ceria. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Perak Akan Lancar Op Selamat Di Hospital

Sekianlah artikel Perak Akan Lancar Op Selamat Di Hospital kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perak Akan Lancar Op Selamat Di Hospital dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/perak-akan-lancar-op-selamat-di-hospital.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :