Peralatan Radar Ketenteraan Berteknologi Tinggi Hilang, Polis Sahkan Terima Laporan

Peralatan Radar Ketenteraan Berteknologi Tinggi Hilang, Polis Sahkan Terima Laporan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peralatan Radar Ketenteraan Berteknologi Tinggi Hilang, Polis Sahkan Terima Laporan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peralatan Radar Ketenteraan Berteknologi Tinggi Hilang, Polis Sahkan Terima Laporan
link : Peralatan Radar Ketenteraan Berteknologi Tinggi Hilang, Polis Sahkan Terima Laporan

Baca juga


Peralatan Radar Ketenteraan Berteknologi Tinggi Hilang, Polis Sahkan Terima Laporan


KUALA LUMPUR: Pihak polis Di Raja Malaysia mengesahkan pihak mereka telah menerima laporan polis berkaitan kehilangan peralatan canggih tentera pada 13 Jun lalu daripada pihak Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), lapor The Star Online.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Nor Hashim Mohamad berkata satu laporan polis diterima mengenai penyerahan peralatan radar ketenteraan berteknologi tinggi yang bernilai jutaan ringgit dilaporkan hilang dari Pelabuhan Tanjung Pelepas, di Johor.

Laporan berkenaan turut mendakwa sistem radar itu telah ditahan oleh pihak kastam sebaik selepas ia sampai di Australia pada bulan lepas.

Penolong Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Datuk Paddy Abd Halim berkata jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut di mana kehilangan barangan itu dikesan ketika pemeriksaan audit baru-baru ini.

Peralatan itu dilaporkan sepatutnya dihantar ke Belanda tetapi ia tidak mempunyai permit, dan terpaksa ditahan oleh pegawai-pegawai kastam.

Bagaimanapun semasa pemeriksaan audit baru-baru ini, peralatan rahsia itu tidak dijumpai di pelabuhan tersebut.

Pelbagai agensi termasuk Jabatan Kastam dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan siasatan dalaman selain menentukan sama ada prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Laporan portal berkenaan turut menyebut bahawa peralatan sensitif tersebut memerlukan permit di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 dan penalti berat seperti denda setinggi RM10 juta dan hukuman mati boleh dikenakan di bawah Akta berkenaan.

Akta yang terkandung menerusi lebih 1,237 halaman dalam bahasa Inggeris dan Melayu itu terdapat di laman web Miti.

Ia meliputi pelbagai barang dan barangan sensitif untuk mengawal atau mencegah mereka daripada menggunakannya dalam senjata nuklear dan senjata pemusnah besar-besaran, terutama sekiranya ia berada di tangan pihak pelampau.

- Siakapkeli.my

SUMBER: mStar, The Star, Harian Metro

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Peralatan Radar Ketenteraan Berteknologi Tinggi Hilang, Polis Sahkan Terima Laporan

Sekianlah artikel Peralatan Radar Ketenteraan Berteknologi Tinggi Hilang, Polis Sahkan Terima Laporan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peralatan Radar Ketenteraan Berteknologi Tinggi Hilang, Polis Sahkan Terima Laporan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/peralatan-radar-ketenteraan_29.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :