Peraturan Sijil Sakit Swasta (M.C Klinik Bukan Kerajaan) Sebagai Penjawat Awam

Peraturan Sijil Sakit Swasta (M.C Klinik Bukan Kerajaan) Sebagai Penjawat Awam - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peraturan Sijil Sakit Swasta (M.C Klinik Bukan Kerajaan) Sebagai Penjawat Awam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peraturan Sijil Sakit Swasta (M.C Klinik Bukan Kerajaan) Sebagai Penjawat Awam
link : Peraturan Sijil Sakit Swasta (M.C Klinik Bukan Kerajaan) Sebagai Penjawat Awam

Baca juga


Peraturan Sijil Sakit Swasta (M.C Klinik Bukan Kerajaan) Sebagai Penjawat Awam

Foto hiasan via cikgushare.com

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2006
PINDAAN PERATURAN BERKAITAN PENERIMAAN SIJIL
SAKIT SWASTA UNTUK TUJUAN KEMUDAHAN CUTI SAKIT

Pekeliling di atas bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pindaan peraturan berkaitan penerimaan sijil sakit swasta untuk tujuan meluluskan kemudahan cuti sakit.

Perintah Am 15 Bab C memperuntukkan bahawa Ketua Jabatan boleh menggunakan budi bicaranya untuk menerima sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta bagi tujuan meluluskan cuti sakit.

Selaras dengan perkembangan amalan perubatan di sektor awam dan swasta, Kerajaan telah bersetuju meminda peraturan berkaitan penerimaan sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta untuk tujuan meluluskan kemudahan cuti sakit.

BACA JUGA: Peraturan Sijil Sakit Untuk Guru Sebagai Penjawat Awam

PELAKSANAAN

Kemudahan cuti sakit boleh diluluskan dengan syarat-syarat seperti berikut:

a. bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar; atau

b. bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar; dan

c. jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar, di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha.

PINDAAN

Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, peruntukan Perintah Am 15 Bab C yang berkaitan dengan penerimaan sijil sakit swasta oleh Ketua Jabatan adalah dipinda seperti di perenggan 3(a), (b) dan (c).

Rujukan: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2006 PINDAAN PERATURAN BERKAITAN PENERIMAAN SIJIL SAKIT SWASTA UNTUK TUJUAN KEMUDAHAN CUTI SAKIT



malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Peraturan Sijil Sakit Swasta (M.C Klinik Bukan Kerajaan) Sebagai Penjawat Awam

Sekianlah artikel Peraturan Sijil Sakit Swasta (M.C Klinik Bukan Kerajaan) Sebagai Penjawat Awam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peraturan Sijil Sakit Swasta (M.C Klinik Bukan Kerajaan) Sebagai Penjawat Awam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/peraturan-sijil-sakit-swasta-mc-klinik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :