link : Percaya Tak ‘Gadis Remaja’ Ini Usia 42 Tahun?
Percaya Tak ‘Gadis Remaja’ Ini Usia 42 Tahun?
Sekilas pandang anda mungkin terfikir dia dalah seorang pelajar.Namun jangan terkejut kerana wanita ini, Lure Hsu baru menyambut hari jadi yang ke-42
Lure, dari Taiwan kini menjadi sensasi di internet disebabkan wajah yang dimilikinya awet muda dan dia berjaya menarik perhatian ramai.
Akaun instagramnya sudah mempunyai 241,000 pengikut manakala akaun Facebooknya pula melebihi 341,000 `like’ yang mempunyai 238,000 pengikut.
Dalam temu bual dengan Friday Magazine , wanita sensasi di media sosial, Lure Hsu mempamerkan rutin kecantikannya seperti krim pelembap dan pelindung matahari untuk penampilannya yang muda.
Bukan hanya kulit Lure sahaja yang seperti gadis remaja malahan bentuk badanya. Dia juga yakin berbikini dengan bentuk badannya yang cantik.Baginya bukan setakat menjaga rutin kecantikan,malah menjaga pemakanan seharian.
Menurut Lure, rahsianya ialah dengan minum air putih dengan banyak dan memakan sayuran. Lure juga tidak minum minuman manis dan satu-satunya minuman berwarna yang diminumnya adalah kopi pada waktu pagi.
Lure menambah, untuk kesihatannya dia mendedahkan hanya makan oat dengan kopi hitam untuk sarapan pagi setiap hari dan sering berkongsi gambar-gambar dia memakan ‘cheat meals’
seperti ais krim dan kek.
Tidak ketinggalan juga pengambilan vitamin C serta kolagen.
“Berpeluh ketika bersenam adalah kunci utama”, kata Lure yang berusaha untuk bersenam sambil berseronok dengan berjalan kaki dan menunggang basikal bersama adiknya Lure yang juga seorang pereka fesyen menarik perhatian ramai adalah disebabkan adiknya, Sharon Hsu.
Sharon, 35, adalah seorang pelakon di Taiwan. Dia telah menjemput kakaknya ke rancangan hiburannya pada 2015 dan sejak itu Lure mendapat perhatian apatah lagi selepas usianya didedahkan kepada umum.
The post Percaya Tak ‘Gadis Remaja’ Ini Usia 42 Tahun? appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Percaya Tak ‘Gadis Remaja’ Ini Usia 42 Tahun?
Anda sekarang membaca artikel Percaya Tak ‘Gadis Remaja’ Ini Usia 42 Tahun? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/percaya-tak-gadis-remaja-ini-usia-42.html