Peringatan Penting,Elak 9 Perkara Ini Jika Bercadang Mahu Melawat Bayi Baru Lahir!

Peringatan Penting,Elak 9 Perkara Ini Jika Bercadang Mahu Melawat Bayi Baru Lahir! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peringatan Penting,Elak 9 Perkara Ini Jika Bercadang Mahu Melawat Bayi Baru Lahir!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peringatan Penting,Elak 9 Perkara Ini Jika Bercadang Mahu Melawat Bayi Baru Lahir!
link : Peringatan Penting,Elak 9 Perkara Ini Jika Bercadang Mahu Melawat Bayi Baru Lahir!

Baca juga


Peringatan Penting,Elak 9 Perkara Ini Jika Bercadang Mahu Melawat Bayi Baru Lahir!

Peringatan Penting,Elak 9 Perkara Ini Jika Bercadang Mahu Melawat Bayi Baru Lahir!

Setiap daripada kita pasti teruja untuk melawat keluarga atau rakan terdekat yang baru melahirkan bayi.Namun, dalam keterujaan menziarahi ibu baru bersalin dan melawat bayi baru lahir,ramai yang terlepas pandang dengan beberapa perkara penting ini. Jika perkara ini dilakukan juga, silap-silap niat yang suci murni itu pada awalnya, boleh jadi sesi bermasam muka dan berkecil hati pula.

Antaranya;

1. BERITAHU TERLEBIH DAHULU

Elak datang terlalu awal kerana sesetengah ibu bapa sebenarnya agak keberatan untuk menerima tetamu, lebih-lebih lagi sekiranya keadaan ibu masih memerlukan perhatian atau bayi yang dilahirkan kurang sihat.

Jika kita tidak pasti sama ada mereka bersedia menerima kehadiran tetamu, bertanya dahulu keadaan mereka. Dan sekiranya anda telah berjanji untuk melawat keluarga tersebut dalam tempoh tertentu, patuhilah masa tersebut.

2. TAK PERLU LUANGKAN MASA TERLALU LAMA

Beri ucapan tahniah kepada rakan anda, tanyakan khabar, dan berbual-bual ringkas sekadarnya. Walaupun bayi baru lahir selalunya tidur, mereka kerap juga diberikan perhatian.

Selalunya, ibu perlu menyusu badan dengan kerap pada awalnya dan kehadiran tetamu mungkin akan memberi sedikit kesukaran untuk mereka menyusukan bayi dengan selesa.

3. JANGAN AMBIL GAMBAR TANPA KEBENARAN

Memang comel melihat bayi. Walaupun mereka tidur, kita tetap leka dengan gelagat mereka.Tapi, sebelum mengeluarkan kamera atau smartphone, mintalah izin daripada ibu bapanya untuk diambil gambar bayi tersebut.

Sesetengah ibu bapa belum mahu memaparkan wajah bayi mereka kepada orang ramai atas sebab-sebab tertentu. Oleh itu, hormatilah pendirian mereka.

4. ELAK BAWA AHLI KELUARGA YANG SEDANG SAKIT

Jika ada antara anak anda yang sedang demam, selsema, dijangkiti ruam, atau sebagainya, tangguhkan dahulu melawat bayi baru lahir.

Seperti yang kita tahu, bayi amat sensitif dan mudah terkena jangkitan, lebih-lebih lagi semasa usianya baru menjangkau beberapa hari.Jika terpaksa membawa mereka, pastikan anda memesan supaya mereka tidak terlalu mendekati bayi dan menciumnya sesuka hati.

5. BASUH TANGAN KETIKA MAHU MEMEGANG BAYI

Jika anda ingin memegang bayi, pastikan tubuh anda dalam keadaan bersih. Lebih baik jika dapat mencuci tangan sebelum menyentuh dan memegang bayi untuk mengelakkan jangkitan.

6. FIKIR SEBELUM MENCIUMNYA

Apabila anda bersin, batuk, bernafas, termasuk mencium bayi, kuman boleh terbebas dan menular kepada orang di sekelilingnya, terutamanya bayi yang masih lemah antibodinya.

Apabila dicium-cium, kuman mudah berpindah dari mulut anda melalui air liur ke pipi atau bibir si kecil.

7. MEROKOK, WALAUPUN SEBELUM BERJUMPA BAYI

Ini  penting tak kiralah sebelum berjumpa bayi atau semasa di luar rumah / hospital, seseorang tak sepatutnya merokok apabila mereka mendekati bayi.

Ini kerana, walaupun bayi tidak menghidu asap rokok secara terus daripada rokok, bau-bauan yang masih melekat pada baju menandakan partikel kimia itu masih berada pada tubuh anda. Bahkan, asap rokok basi ini lebih merbahaya berbanding asap rokok itu sendiri!

8. JANGAN KEJUTKAN BAYI YANG SEDANG TIDUR

Kita tak tahu betapa susahnya ibu bapa cuba menidurkan anak mereka tadi. Oleh itu, tolonglah jangan mengejutkan bayi sekiranya mereka sedang tidur semata-mata untuk mendukung atau mengambil gambar mereka.

Apabila bayi meragam, tentu ibu bapa akan berasa susah hati dan bertambah letih untuk memujuknya nanti.

9. JAGA PERCAKAPAN

Tak perlu beri nasihat sekiranya tidak diminta, lebih-lebih lagi jika si ibu dan ayah kelihatan tidak bermaya. Mungkin mereka belum bersedia menerima sebarang komen yang mungkin merimaskan, walaupun anda seorang yang lebih berpengalaman.

Ucapkanlah perkara-perkara yang baik dan boleh menenangkan hati mereka.‘KEEP IT SHORT AND SWEET’

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Peringatan Penting,Elak 9 Perkara Ini Jika Bercadang Mahu Melawat Bayi Baru Lahir!

Sekianlah artikel Peringatan Penting,Elak 9 Perkara Ini Jika Bercadang Mahu Melawat Bayi Baru Lahir! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peringatan Penting,Elak 9 Perkara Ini Jika Bercadang Mahu Melawat Bayi Baru Lahir! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/peringatan-pentingelak-9-perkara-ini.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :