link : Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (27 Jun)
Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (27 Jun)
Hari ini juga merupakan sambutan Hari Ras Kacuk di Brazil.
Peristiwa
1846 - Kebuluran Besar (Ireland): Sebuah akhbar Ireland menonjolkan berita tentang hawar kentang yang baru.
1898 - Pelaut Joshua Slocum menyempurnakan pelayaran mengelilingi dunia solo yang pertama di atas sekocinya Spray, satu jarak melebihi 74,000 km.
1905 - Anak kapal kapal tempur Rusia Potemkin (gambar) memulakan dahagi terhadap pegawai mereka yang bersifat menindas.
1967 - Mesin juruwang automatik (ATM) elektronik yang pertama di dunia dipasang di Enfield Town, London, UK, oleh Barclays.
1979 - Muhammad Ali mengumumkan persaraannya daripada dunia tinju.
1986 - Dalam kes Nicaragua lwn. Amerika Syarikat, Mahkamah Keadilan Antarabangsa mendapati bahawa A.S. bersalah menyokong Contra.
1991 - Yugoslavia menyerang Slovenia, dua hari selepas pengisytiharan kemerdekaan Slovenia daripada Yugoslavia, memulakan Perang Sepuluh Hari.
2011 - Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran untuk Muammar Gaddafi, mendakwanya melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dalam perang saudara di Libya.
2013 - Kevin Rudd berjaya mencabar Julia Gillard sebagai ketua Parti Buruh, lalu menjadi Perdana Menteri Australia semula.
2013 - Tsakhiagiin Elbegdorj terpilih semula sebagai Presiden Mongolia.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (26 Jun)
sumber: wikipedia
Demikianlah Artikel Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (27 Jun)
Anda sekarang membaca artikel Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (27 Jun) dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/peristiwa-penting-hari-ini-dalam_27.html