Perlu Ada Mekanisme Agihan Hasil Kutip Cukai Pelancongan

Perlu Ada Mekanisme Agihan Hasil Kutip Cukai Pelancongan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perlu Ada Mekanisme Agihan Hasil Kutip Cukai Pelancongan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perlu Ada Mekanisme Agihan Hasil Kutip Cukai Pelancongan
link : Perlu Ada Mekanisme Agihan Hasil Kutip Cukai Pelancongan

Baca juga


Perlu Ada Mekanisme Agihan Hasil Kutip Cukai Pelancongan

JOHOR BAHRU – Kerajaan persekutuan perlu mencari satu mekanisme bagi pengagihan hasil cukai pelancongan kepada semua negeri agar kutipan itu boleh digunakan bagi merancakkan lagi usaha promosi dan pemasaran industri pelancongan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor, Datuk Tee Siew Kiong berkata pelaksanaan kutipan cukai itu dilihat sebagai satu inisiatif yang mampu melonjakkan lagi industri pelancongan.

“Saya berpandangan kutipan ini bukan satu beban kepada mana-mana pihak kerana sebelum ini, Melaka, Pulau Pinang dan Langkawi turut telah melaksanakan cukai sebegini.

Bagaimanapun, pengagihan hasil kutipan cukai ini perlulah adil mengikut bilangan hotel atau premis penginapan yang terdapat di negeri masing-masing, katanya kepada pemberita pada majlis berbuaka puasa bersama media di sini, semalam.

Setakat Februari lepas, Johor mempunyai 102 hotel bertaraf bintang yang mempunyai 10,971 bilik dengan 11 lagi hotel bertaraf antarabangsa sedang dalam pembinaan dan dijangka siap menjelang 2019.

Pada sidang Dewan Rakyat yang lepas, Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017 diluluskan yang melihat antara lain membenarkan pelaksanaan kadar cukai antara RM2.50 dan RM20 bagi penginapan semalam di hotel dan rumah penginapan berdaftar.

Pelaksanaan cukai berkenaan akan dilaksanakan pada 1 Julai ini.

Sementara itu, Tee yakin penerbangan terus ke Johor akan meningkat ekoran beberapa destinasi baharu yang kini dalam perbincangan.

“Antara negara yang dalam perbincangan termasuk Korea Selatan, India dan Jepun. Kita jangka perbincangan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat ini,” kata Tee.

Buat masa ini, terdapat 15 penerbangan terus ke Johor, yang mana tujuh dari luar negara manakala lapan lagi dalam negara. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Perlu Ada Mekanisme Agihan Hasil Kutip Cukai Pelancongan

Sekianlah artikel Perlu Ada Mekanisme Agihan Hasil Kutip Cukai Pelancongan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perlu Ada Mekanisme Agihan Hasil Kutip Cukai Pelancongan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/perlu-ada-mekanisme-agihan-hasil-kutip.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :