Perodua Bezza Mula Berada Di Pasaran Sri Lanka

Perodua Bezza Mula Berada Di Pasaran Sri Lanka - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perodua Bezza Mula Berada Di Pasaran Sri Lanka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perodua Bezza Mula Berada Di Pasaran Sri Lanka
link : Perodua Bezza Mula Berada Di Pasaran Sri Lanka

Baca juga


Perodua Bezza Mula Berada Di Pasaran Sri Lanka

KUALA LUMPUR – Model Bezza 1.0L (transmisi automatik) memasuki pasaran Sri Lanka buat pertama kali semalam pada pelancaran yang dianjurkan oleh pengedar rasmi Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Unimo Enterprises Ltd.

Perodua dalam kenyataan berkata Sri Lanka merupakan pasaran eksport terbesar bagi jenama Perodua dan sebanyak 14,000 unit telah dijual antara 1997 dan 2017 (sehingga akhir Mei).

Pada masa ini, Unimo mengimport Perodua Axia, yang telah menjual 1, 400 unit pada tahun lepas dan kini, Bezza.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata Perodua masih kecil di Sri Lanka, bagaimanapun syarikat automotif itu melihat banyak potensi susulan ekonomi negara tersebut berkembang.

“Bermula tahun ini, kami merancang untuk mengembangkan lagi pasaran eksport semasa kami dan mengkaji yang baharu, dan kami berusaha untuk merealisasikan matlamat kami untuk menjadi penggiat serantau,” katanya.

Sejak 1997, Perodua mengeksport lima model ke Sri Lanka, iaitu Perodua Kancil, Kenari, Kelisa, Viva dan Bezza.

Model Perodua Bezza 1.0L (transmisi automatik) berharga 3.69 juta Rupee Sri Lanka (RM103,162.29).

“Sejak bermula program eksport kami, kami telah mengeksport 75,000 kenderaan. Pada tahap pengeluaran tertinggi, kami mengeksport ke 21 buah negara,” kata Aminar. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Perodua Bezza Mula Berada Di Pasaran Sri Lanka

Sekianlah artikel Perodua Bezza Mula Berada Di Pasaran Sri Lanka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perodua Bezza Mula Berada Di Pasaran Sri Lanka dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/perodua-bezza-mula-berada-di-pasaran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :