link : Perompak Bank Singapura Dihukum Penjara Di Thailand
Perompak Bank Singapura Dihukum Penjara Di Thailand
BANGKOK: Mahkamah Jenayah Bangkok semalam menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap seorang lelaki warga Kanada yang dikehendaki atas tuduhan merompak sebuah bank di Singapura.
David James Roach, 28, yang melarikan diri ke Thailand selepas merompak bank itu pada tahun lalu didapati bersalah atas tuduhan membawa masuk wang tunai tanpa kebenaran dan penggubahan wang haram.
Roach dipercayai menyerah nota ugutan kepada juruwang dan melarikan wang tunai berjumlah S$30,450 (RM94,163) dari sebuah cawangan Bank Standard Chartered pada 7 Julai 2016.
Dia kemudian melarikan diri ke Thailand sebelum ditangkap beberapa hari selepas itu.
Roach didakwa melanggar peraturan mata wang dengan membawa masuk wang tunai tanpa pengisytiharan kastam dan penggubahan wang haram.
Menurut Bangkok Post, Roach dihukum penjara dua tahun, empat bulan tetapi dikurangkan kepada 14 bulan selepas dia mengaku bersalah.
Wang tunai berjumlah AS$20,000 (RM85,417) yang dirampas daripada Roach ketika dia masuk Thailand juga tidak dipulangkan.
Singapura dan Thailand tidak mempunyai perjanjian ekstradisi.
Pihak berkuasa Singapura memohon Roach dihantar ke negara itu untuk berdepan tuduhan merompak tetapi ditolak Thailand.-Agensi
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Perompak Bank Singapura Dihukum Penjara Di Thailand
Sekianlah artikel Perompak Bank Singapura Dihukum Penjara Di Thailand kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perompak Bank Singapura Dihukum Penjara Di Thailand dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/perompak-bank-singapura-dihukum-penjara.html