link : Pesawat China Eastern Patah Balik Ke Sydney
Pesawat China Eastern Patah Balik Ke Sydney
WELLINGTON: Pesawat China Eastern yang dalam perjalanan menuju ke Shanghai terpaksa berpatah balik ke Sydney selepas mengalami masalah enjin.
Media Australia yang memetik Pengurus Besar China Eastern Airlines, Kathy Zhang, melaporkan pesawat Airbus A330 itu berjaya mendarat dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.
"Kru pesawat berjaya mengesan situasi luar biasa pada enjin bahagian kiri pesawat dan membuat keputusan untuk segera berpatah balik ke Sydney.
"Semua anak kapal dan penumpang berjaya mendarat dengan selamat," kata Zhang. Sementara itu, beberapa keping gambar yang disiarkan oleh media Australia menunjukkan lubang besar pada bahagian kiri pesawat terbabit.
Berikutan itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia mengumumkan pihaknya akan menyiasat kejadian berkenaan. - Reuters
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Pesawat China Eastern Patah Balik Ke Sydney
Sekianlah artikel Pesawat China Eastern Patah Balik Ke Sydney kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pesawat China Eastern Patah Balik Ke Sydney dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pesawat-china-eastern-patah-balik-ke.html