Polis buru teman lelaki ibu mangsa dera

Polis buru teman lelaki ibu mangsa dera - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis buru teman lelaki ibu mangsa dera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis buru teman lelaki ibu mangsa dera
link : Polis buru teman lelaki ibu mangsa dera

Baca juga


Polis buru teman lelaki ibu mangsa dera

KUALA LUMPUR: Polis memburu seorang lelaki warga Nigeria, Ebiziem Afeanyi Stephen, 31 tahun, bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki dipercayai didera pada 22 Jun lalu.

Mangsa, Mohd Adam Osi, 5 tahun, ditinggalkan dalam keadaan kritikal di sebuah hospital swasta di Cheras pada 20 Jun lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, lelaki terbabit merupakan kekasih kepada ibu mangsa.

"Kita telah menahan ibu mangsa yang berusia 28 tahun di sekitar Bayan Baru, Pulau Pinang pada 23 Jun lalu.

"Bagaimanapun lelaki berkenaan berjaya melarikan diri dan kami percaya lelaki berkenaan dapat membantu siasatan kes ini," katanya.

Suspek warga Nigeria dikenali sebagai Ebiziem Afeanyi Stephen. - Foto IPD Brickfields

Tambahnya, ujian air kencing terhadap ibu mangsa mendapati wanita itu positif dadah jenis syabu.

Mengulas lanjut, Ruslan berkata laporan bedah siasat pihak hospital mengesahkan mangsa mati disebabkan hentakan objek tumpul di bahagian kepala.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di talian 03-90516222.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Polis buru teman lelaki ibu mangsa dera

Sekianlah artikel Polis buru teman lelaki ibu mangsa dera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis buru teman lelaki ibu mangsa dera dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/polis-buru-teman-lelaki-ibu-mangsa-dera.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :