link : Polis Terengganu Rampas Mercun & Bunga Api Tahan 4 Individu
Polis Terengganu Rampas Mercun & Bunga Api Tahan 4 Individu
KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu sekali lagi berjaya menumpaskan kegiatan menjual dan menyeludup mercun dan merampas pelbagai jenis bahan letupan, bernilai hampir RM40,000.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata ini ekoran penahanan empat individu termasuk seorang remaja dalam tiga serbuan berasingan di sekitar daerah tersebut.
Katanya, operasi tersebut dilakukan hasil maklumat awam dan seterusnya polis bertindak menyerbu sebuah Bazar Ramadan di Batu Enam, di sini serta berjaya menahan dua lelaki berusia 17 dan 29 tahun, kira-kira pukul 8 malam, Sabtu lalu.
“Tiga hari selepas itu sekitar pukul 2.28 pagi kita telah memberkas seorang lelaki yang berusia 30 tahun hasil serbuan di sebuah rumah di kampung Padang, Gong Tok Nasek.
“Hasil pemeriksaan lanjut ke dalam kediaman tersebut kita menjumpai aneka jenis bunga api dan mercun yang bernilai lebih RM12,000,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Menurutnya kira-kira pukul 4.15 pagi tadi pihaknya juga telah menahan seorang lelaki di dalam sebuah van bersama mercun dan bunga api tanpa permit yang bernilai kira-kira RM24,000.
Katanya ketika ditahan di Kampung Tok Molor, lelaki yang berusia 46 tahun itu dipercayai baru selesai mengambil kesemua bekalan tersebut daripada pembekal dan tidak sempat untuk edaran.
Kesemua mereka ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan kesemua mereka tidak mempuyai rekod lampau.
Sebelum ini polis menahan seorang mekanik di Marang atas kesalahan membabikan RM4,000. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Polis Terengganu Rampas Mercun & Bunga Api Tahan 4 Individu
Anda sekarang membaca artikel Polis Terengganu Rampas Mercun & Bunga Api Tahan 4 Individu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/polis-terengganu-rampas-mercun-bunga.html