link : Politik Arab Saudi Menjamin Monarki Bani Saud?
Politik Arab Saudi Menjamin Monarki Bani Saud?
TURKI benar-benar meradang dengan sikap biadap Arab Saudi dan sekutunya Mesir, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu. Tindakan terkini empat sekutu Arab yang memboikot hubungan diplomatik dengan Qatar pada 5 Jun lalu dianggap melampau.
Turki menganggap 13 syarat yang dikenakan Arab Saudi sebagai ketua pakatan empat negara itu sebagai menghina kedaulatan Qatar.
Satu antara syarat paling menyakitkan hati Turki ialah paksaan Arab Saudi supaya Qatar memutuskan hubungan diplomatik dengan Turki serta menutup pangkalan tentera Turki di Doha.
Untuk rekod, Riyadh membenarkan AS mewujudkan pangkalan udara di lima lokasi strategik dan menempatkan 500 personel tentera di Arab Saudi.
Antara pangkalan tentera AS ialah di King Abdul Aziz Military City, King Faisal Military City, King Fahd Military City di Dhahran, King Khalid Military City dan Prince Sultan Air Base di Al-Kharj.
Membidas penghinaan Arab Saudi terhadap Qatar, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dengan tegas menyifatkan: “Campurtangan terhadap kedaulatan Qatar!”
Erdogan lantang membidas Arab Saudi dan sekutunya ketika berucap selepas menunaikan solat Aidil Fitri di Istanbul kelmarin.
Arab Saudi mengemukakan syarat perdamaian dengan Qatar pada 24 Jun lalu melalui Kuwait yang bertindak sebagai orang tengah.
Qatar belum mengeluarkan kenyataan balas. Namun sebelum syarat itu dikemukakan, Qatar sudah memberi kata dua: “Tiada rundingan selagi Arab Saudi dan sekutunya tidak menarik balik sekatan!”
Sejak hubungan diplomatik diputuskan, Arab Saudi dan sekutunya menutup sempadan darat dan laluan udara terhadap Qatar.
Selain mendesak Qatar memutuskan hubungan dengan Turki, Arab Saudi dan sekutunya juga mendesak Doha memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran. Tidak cukup dengan tekanan isu diplomatik, Arab Saudi dan sekutunya turut mendedak stesen televisyen Al Jazeera yang berpusat di Doha ditutup!
Malah, Bahrain ikut menyelar keberadaan Tentera Turki di Qatar sebagai campurtangan asing di Rantau Teluk.
Menteri Luar Bahrain, Syeikh Khalid Almed al-Khalifa menyindir dalam Twitter: “Demi kepentingan kuasa-kuasa ini, mereka perlu menghormati aturan kuasa serantau sedia ada yang mampu menyelesaikan sebarang isu yang mungkin berbangkit.”
Permainan politik Arab Saudi dibawah pentadbiran Raja Salman Abdul Aziz sangat aneh. Ia mula mewujudkan satu polisi Monarki Bani Saud yang berlumuran darah.
Sejak kebangkitan Arab Spring di Tunisia, Algeria dan Libya pada 2011, Arab Saudi mula bertindak aneh. Riyadh mula mengamalkan polisi mencampuri politik demokrasi terutama di Mesir, Syria, Yaman dan Libya.
Arab Saudi menyokong Rejim Tentera Al Sisi kerana memusuhi Ikhawan Muslimin yang mengetuai kerajaan demokrasi melalui pilihanraya. Seperti AS dan Israel, Arab Saudi melabelkan Ikhwan Muslimin sebagai pengganas.
Di Syria, ketika Barat jelas mahu menjatuhkan Presiden Bashar Assad melalui Revolusi Cedar, Arab Saudi membantu militia pemberontak Takfiri yang berfahaman Wahabi. Riyadh membekalkan sokongan persenjataan dan Takrifi menjadi kumpulan bersenjata yang menentang tentera Kerajaan.
Arab Saudi ikut agresif menyertai perang persepsi tajaan Barat dengan menyifatkan Syria diperintah diktator. Sekali pun, kemenangan Parti Baath pimpinan Bashar jelas melalui pilihanraya.
Ironinya, Arab Saudi negara buta demokrasi. Arab Saudi diperintah Bani Saud melalui rampasan kuasa dan tidak pernah mengadakan sebarang pilihanraya. Semua kuasa mutlak politik Arab Saudi dimonopoli kerabat Bani Saud.
Di Yaman, Arab Saudi membantu kerajaan yang digulingkan kebangkitan rakyat. Arab Saudi menggunakan kekuatan ketenteraan untuk mengembalikan kuasa Abdu Robbuh Mansour Hadi. Isu pemberontakan puak Houti Syiah dijadikan alasan mudah: Kononnya, Houti ditaja Iran.
Konflik di Yaman juga tidak pernah selesai sejak Arab Saudi melancarkan puluhan serangan udara sejak April 2015. Serangan udara berskala besar antara punca 7000 nyawa dalam perang saudara Yaman.
Arab Saudi dan sekutunya menggugurkan lebih 14 ribu butir bom di Yaman dalam tempoh dua tahun. Sumber menyebut, semua infrastruktur persenjataan Arab Saudi bagi kempen inu diperolehi dari AS, Israel dan United Kingdom.
Malah, kaedah operasi menyerang Sanaa kubu kuat pemberontak Houti di Yaman, menyamai model operasi militer Israel terhadap Gaza, Palestin.
Motif Arab Saudi mendesak Qatar menghalau keluar tentera Turki satu permintaan aneh. Apa relevan isu ini? Mengapa kehadiran tentera Turki dianggap tentera asing?
Turki tidak berdiam diri. Erdogan nampaknya sedia bersemuka dengan suasana lebih tegang apabila mengumumkan tambahan 1000 anggota ke Qatar.
Ketakutan Saudi dan Bahrain pada Turki dan Iran ada sinonimnya. Kedua-dua negara itu mengamalkan monarki totok. Membiarkan imej demokrasi Turki berkembang di Rantau Teluk satu ancaman.
Lebih menakutkan Arab Saudi, selain Turki ialah keupayaan Iran yang ialah dikaitkan dengan kemampuan melancarkan peluru berpandu jarak dekat.
Apalagi, Iran sudah lama berpatah arang dengan Arab Saudi. Tehran sering menyindir Sistem Monarki Asia Barat sebagai merencatkan kebebasan awam.
-MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Politik Arab Saudi Menjamin Monarki Bani Saud?
Anda sekarang membaca artikel Politik Arab Saudi Menjamin Monarki Bani Saud? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/politik-arab-saudi-menjamin-monarki.html