Pondok beroperasi lebih 10 tahun disaran semak semula pendawaian elektrik - TNB

Pondok beroperasi lebih 10 tahun disaran semak semula pendawaian elektrik - TNB - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pondok beroperasi lebih 10 tahun disaran semak semula pendawaian elektrik - TNB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pondok beroperasi lebih 10 tahun disaran semak semula pendawaian elektrik - TNB
link : Pondok beroperasi lebih 10 tahun disaran semak semula pendawaian elektrik - TNB

Baca juga


Pondok beroperasi lebih 10 tahun disaran semak semula pendawaian elektrik - TNB

PASIR MAS: Pusat pengajian pondok yang beroperasi melebihi tempoh 10 tahun disaran menyemak kembali sistem pendawaian masing-masing, kata Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan Datuk Ir Md Yuslan Md Yusof.

Beliau berkata langkah itu perlu diambil bagi mengelak sebarang kemungkinan yang tidak diingini terutama membabitkan litar pintas akibat kebocoran pada wayar elektrik.

"Kita sedia memberi khidmat nasihat kepada mana-mana pusat pengajian pondok yang ingin membuat pendawaian semula tempat tinggal pelajar bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

"Jika ingin menggunakan khidmat kontraktor pula, pengurusan pondok diminta menyemak kontraktor tersebut sama ada berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga bagi mengelak mereka menggunakan khidmat kontraktor tidak bertauliah," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Ihya Ramadan TNB Tahun 2017/1438H peringkat Kelantan yang turut dihadiri Naib Presiden Bahagian Penjanaan, Ibu Pejabat TNB Datuk Zainudin Ibrahim di Pondok Gelang Mas di sini, Khamis malam.

Md Yuslan mengulas mengenai kebakaran membabitkan pelbagai pusat pengajian itu di negeri ini, sejak beberapa tahun lepas, yang antaranya disebabkan litar pintas.

Beliau berkata selain pendawaian, barangan elektrik yang mempunyai aspek pemanas seperti seterika dan cerek elektrik turut dikenal pasti antara punca menyebabkan litar pintas.

Katanya ia berlaku kerana barangan elektrik itu menggunakan beban tenaga yang tinggi, dan jika pendawaian kurang sempurna boleh memudahkan litar pintas berlaku.

Sementara itu, Zainudin berkata TNB memberi sumbangan RM150 kepada setiap 50 pelajar dalam kalangan asnaf yang belajar di pondok berkenaan.

Beliau berkata ia merupakan tahun keempat TNB Kelantan mengadakan majlis berbuka puasa di pondok-pondok di sekitar negeri ini, bagi mengeratkan hubungan antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu dan masyarakat setempat.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pondok beroperasi lebih 10 tahun disaran semak semula pendawaian elektrik - TNB

Sekianlah artikel Pondok beroperasi lebih 10 tahun disaran semak semula pendawaian elektrik - TNB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pondok beroperasi lebih 10 tahun disaran semak semula pendawaian elektrik - TNB dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pondok-beroperasi-lebih-10-tahun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :