PPBM: Pihak Atasan Arah Larangan Majlis Buka Puasa Muhyiddin Di Masjid

PPBM: Pihak Atasan Arah Larangan Majlis Buka Puasa Muhyiddin Di Masjid - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PPBM: Pihak Atasan Arah Larangan Majlis Buka Puasa Muhyiddin Di Masjid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PPBM: Pihak Atasan Arah Larangan Majlis Buka Puasa Muhyiddin Di Masjid
link : PPBM: Pihak Atasan Arah Larangan Majlis Buka Puasa Muhyiddin Di Masjid

Baca juga


PPBM: Pihak Atasan Arah Larangan Majlis Buka Puasa Muhyiddin Di Masjid

PETALING JAYA: PPBM yakin ada pihak atasan yang mengarahkan Pejabat Kadi Daerah Tangkak tidak memberi kebenaran kepada Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan majlis berbuka puasa serta menyampaikan sumbangan beras untuk masjid dan madrasah dalam Parlimen Pagoh.

Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Md Nor berkata keputusan ahli jawatankuasa (AJK) Masjid An-Nur tidak memberi kebenaran kepada Muhyiddin hanyalah alasan dan larangan itu didakwa ada unsur politik.
“Beliau ahli Parlimen Pagoh dan agak pelik masjid di kawasan parlimen itu tidak benarkan pemimpin mereka mengadakan perjumpaan masyarakat dalam bulan Ramadan.
“Jelas pada pandangan saya ia ada unsur politik dan didorong oleh pihak atasan dalam kerajaan negeri. Masjid di bawah Jabatan Agama Islam Johor.
“Saya yakin ada arahan daripada pihak atasan, mungkin menteri. Yang kata AJK masjid tak setuju itu hanya alasan. Yang sebenarnya ini arahan pihak yang lebih atas,” katanya kepada FMT.
Semalam, Muhyiddin dilaporkan tidak dibenarkan mengadakan majlis berbuka puasa serta menyampaikan sumbangan beras yang sepatutnya diadakan di Masjid An-Nur, Pekan Kundang Ulu, Tangkak.
Menurut Timbalan Ketua Bahagian PPBM Pagoh, Datuk Tahir Mohd Taat, larangan itu disampaikan melalui surat yang difakskan ke Pejabat Pusat Komuniti Parlimen Pagoh pagi semalam oleh Pejabat Kadi Daerah Tangkak.
Muhyiddin dijadualkan menyampaikan sumbangan beras kepada masjid serta madrasah di Parlimen Pagoh di perkarangan Masjid An-Nur pada Sabtu ini.
Dalam surat bertarikh 31 Mei yang ditanda tangani oleh Kadi Daerah Tangkak, Mohd Nasri Rahman memberitahu keputusan itu dibuat berikutan AJK Masjid An-Nur tidak bersetuju memberi kebenaran kepada Muhyiddin.
Menurut surat berkenaan, pihak pejabat kadi membuat keputusan itu demi menghormati “kepentingan semua pihak”.
Kamarudin berkata sepatutnya pihak masjid perlu mengenakan syarat kepada Muhyiddin jika tidak membenarkan beliau berceramah politik.
“Saya dukacita dengan sikap pihak pengurusan masjid. Kalau tak bagi, kenakan syarat tak boleh cakap tentang politik. Tidak disebut pun tidak dibenarkan berpolitik dan kalau beritahu, saya yakin Muhyiddin akan akur pada arahan dikeluarkan,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel PPBM: Pihak Atasan Arah Larangan Majlis Buka Puasa Muhyiddin Di Masjid

Sekianlah artikel PPBM: Pihak Atasan Arah Larangan Majlis Buka Puasa Muhyiddin Di Masjid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PPBM: Pihak Atasan Arah Larangan Majlis Buka Puasa Muhyiddin Di Masjid dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/ppbm-pihak-atasan-arah-larangan-majlis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :