link : #PRK: 5 Cawangan SUPP Miri Digesa Terus Bekerjasama
#PRK: 5 Cawangan SUPP Miri Digesa Terus Bekerjasama
MIRI: Semua cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Miri melibatkan Bekenu, Lambir, Piasau, Pujut dan Senadin digesa bekerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut dan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ia penting untuk menunjukkan kepada rakyat SUPP merupakan parti tertua dan dipercayai.
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parlimen SUPP Miri dan Sibuti, Datuk Lee Kim Shin berkata, lebih setengah abad sejak diwujudkan, SUPP berkembang daripada entiti kecil kepada parti besar.
Memetik laporan The Borneo Post, menurutnya, keadaan itu menunjukkan perpaduan dan kerjasama boleh membawa parti kepada tahap tertinggi.
"Miri pernah menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN). Kerusi parlimen (di bawah BN) meliputi dari Miri hingga ke Batu Niah. Di bawah bekas presiden Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan sebagai Timbalan Ketua Menteri, Miri amat gemilang," katanya.
Lee menggesa ahli parti untuk sentiasa merapatkan diri dengan komuniti selain menjadi parti peka digital selain mengadaptasi teknologi moden.
"Teknologi merupakan kunci untuk merapatkan diri dengan rakyat dan juga berkhidmat kepada rakyat," ujarnya.-Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel #PRK: 5 Cawangan SUPP Miri Digesa Terus Bekerjasama
Sekianlah artikel #PRK: 5 Cawangan SUPP Miri Digesa Terus Bekerjasama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #PRK: 5 Cawangan SUPP Miri Digesa Terus Bekerjasama dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/prk-5-cawangan-supp-miri-digesa-terus.html