link : Projek Solar Skala Besar Pertama Di Kuala Langat
Projek Solar Skala Besar Pertama Di Kuala Langat
KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memulakan pembinaan Solar Berskala Besar (LSS) yang pertama di Malaysia di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat, Selangor bulan depan.
TNB dalam satu kenyataan media berkata, projek itu dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya pada November 2018.
“Apabila siap dan beroperasi sepenuhnya, projek itu akan menjana dan membekalkan 50 megawatt (MW) elektrik untuk grid nasional,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut TNB, anak syarikatnya, TNB Sepang Solar Sdn. Bhd. dianugerahkan projek itu oleh Suruhanjaya Tenaga melalui proses bidaan yang telus.
Kata TNB, syarikat itu sememangnya berhasrat membekalkan tenaga diperbaharui untuk Malaysia dengan melabur dalam projek solar, angin, biomass, biogas dan projek mini hidro.
“Sebagai sebahagian daripada rancangan perkembangan, TNB turut memperoleh aset RE.
“Bulan lepas, TNB menyelesaikan pengambilalihan 50 peratus kepentingan dalam Vortex Solar Investments S.a.r.l. untuk pengambilalihan operasi portfolio 365MW solar PV di United Kingdom,” kata TNB. – Mynewshub.cc
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Projek Solar Skala Besar Pertama Di Kuala Langat
Anda sekarang membaca artikel Projek Solar Skala Besar Pertama Di Kuala Langat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/projek-solar-skala-besar-pertama-di.html