Proton: Potensi Masa Depan & Ketepuan Masa Kini

Proton: Potensi Masa Depan & Ketepuan Masa Kini - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Proton: Potensi Masa Depan & Ketepuan Masa Kini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Proton: Potensi Masa Depan & Ketepuan Masa Kini
link : Proton: Potensi Masa Depan & Ketepuan Masa Kini

Baca juga


Proton: Potensi Masa Depan & Ketepuan Masa Kini

SELEPAS Raya dan sebaik saja menandatangani perjanjian secara rasmi dengan Geely Automobile China, Proton akan menerima baki RM250 juta daripada Kerajaan. Ini melengkapkan nilai pinjaman mudah RM1.5 bilion yang diberikan kerajaan.

Selain itu, Proton juga akan memperolehi geran pembangunan RM1.1 bilion daripada kerajaan.

Jadi, tidak ada isu Proton tidak dibantu. Malah, Proton yang sepenuhnya milik DRB-Hicom antara syarikat swasta yang beruntung kerana masih dilindungi kerajaan dengan pelbagai bantuan.

DRB-Hicom membawa keluar aset bukan aktiviti automobil daripada Proton bernilai RM1.2 bilion dan dicagarkan kepada Kerajaan bagi pinjaman tunai mudah itu.

Sekalipun sentimen politik ditiupkan konon Geely Automobil akan menghilangkan nilai Proton sebagai jenama nasional, namun perjanjian ini menerima respons positif pasaran.

Ini pendapat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustafa Mohammed.

“Banyak yang memahami perlunya Proton mempunyai rakan strategik bagi mengatasi cabaran utamanya, termasuk penurunan jualan dalam negeri, pasaran eksport terhad, kurangnya ekonomi menguntungkan dari segi kos, selain pelaburan dalam R&D dan teknologi.”

Kehadiran Geely turut meluaskan lagi peluang perniagaan vendor Proton bagi menyertai pasaran antarabangsa yang dipacu Geely.

Proton mempunyai kira-kira 240 vendor, dengan hampir 50,000 pekerja dalam rantaian bekalan.

Proton mengalami krisis kewangan yang teruk dengan beberapa model terkini yang dilancarkan syarikat itu gagal di pasaran. Lebih buruk, Proton jenama pelopor kereta nasional jauh ditinggalkan pesaing domestiknya.

Perodua kekal kompetitif. Malah, prestasi pengeluar kereta kebangsaan kedua itu berjaya mencapai jualan domestik 207,110 unit tahun lalu. Sekali gus menguasai 35 peratus pasaran tempatan.

Pengenalan model Bezza menerima respons hebat dan kekal menjadikan Perodua sebagai jenama kompak paling laris.

Proton dijangka memeterai perjanjian rasmi dengan Geely Julai ini. Pasaran menantikan sesuatu terutama hala tuju baharu yang bakal dipacu.

Walaupun pengurusan Proton nampak ghairah mengumumkan pelbagai pelan pembaharuan minggu lalu, namun pasaran tidak mengendahkannya.

Kegagalan pengurusan Proton selama ini menjadikan kenyataan mengenai hala tuju baharu bersama Geely dianggap pramatang.

Pasaran sedang menanti pengumuman Geely sendiri kerana Proton bergantung penuh pada strategi Geely bagi menyelamatkan jenama nasional berusia 33 tahun itu. – Mynewshub.cc

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Proton: Potensi Masa Depan & Ketepuan Masa Kini

Sekianlah artikel Proton: Potensi Masa Depan & Ketepuan Masa Kini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Proton: Potensi Masa Depan & Ketepuan Masa Kini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/proton-potensi-masa-depan-ketepuan-masa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :