Racun Anak Jiran Kerana Dendam

Racun Anak Jiran Kerana Dendam - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Racun Anak Jiran Kerana Dendam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Racun Anak Jiran Kerana Dendam
link : Racun Anak Jiran Kerana Dendam

Baca juga


Racun Anak Jiran Kerana Dendam



BEIJING - CHINA. Seorang wanita meracun anak jirannya dengan racun tikus kerana dendam akibat pertelingkahan lima tahun lalu.

Liu Yiqin menyimpan dendam terhadap keluarga jirannya itu sejak 2012, pendakwa memberitahu mahkamah di bandar Huaian, wilayah Jiangsu, akhir bulan lalu, lapor portal jcrb.com.

Lima tahun yang lalu, suami Liu diarahkan pegawai kampung membayar pampasan kepada jirannya sebanyak 2,000 yuan (RM1,235) selepas dia mencederakan salah seorang ahli keluarga jirannya dalam satu pertengkaran yang bertukar ganas.

Perkara itu diselesaikan selepas pampasan dibayar, namun dendam wanita itu tidak berkesudahan.

Lui bertindak meracun anak lelaki jirannya berusia 8 tahun pada Mac lalu untuk membalas dendam.

Kanak-kanak itu maut selepas minum dari botol air yang dicampur dengan racun tikus.

Liu menyuruh cucunya memberikan minuman itu kepada kanak-kanak itu selepas dia mencampurkan racun di dalam botol itu pada pagi 11 Mac, menurut pendakwa raya.

Mangsa mula sakit dan muntah apabila dia pulang ke rumah dan meninggal dunia pada hari yang sama.

Tidak lama selepas itu, anjing keluarga yang menjilat muntah kanak-kanak itu turut mati.

Keluarga terbabit menghubungi pihak polis bagi menyiasat kes berkenaan.

Polis kemudian mendapati sisa racun tikus pada jari Liu dan mendapati wanita itu turut menghapuskan bahan yang digunakannya ke dalam sungai berhampiran kampung mereka.

Polis menemui motif Liu selepas siasatan lanjut, lapor South China Morning Post.
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Racun Anak Jiran Kerana Dendam

Sekianlah artikel Racun Anak Jiran Kerana Dendam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Racun Anak Jiran Kerana Dendam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/racun-anak-jiran-kerana-dendam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :