Radar TUDM rakam nahas pesawat Hawk 108 sehingga saat terhempas

Radar TUDM rakam nahas pesawat Hawk 108 sehingga saat terhempas - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Radar TUDM rakam nahas pesawat Hawk 108 sehingga saat terhempas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Radar TUDM rakam nahas pesawat Hawk 108 sehingga saat terhempas
link : Radar TUDM rakam nahas pesawat Hawk 108 sehingga saat terhempas

Baca juga


Radar TUDM rakam nahas pesawat Hawk 108 sehingga saat terhempas

KEMAMAN: Radar pengesan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merakam penuh tragedi nahas pesawat Hawk 108 M40-02 sehingga ke saat akhir ia terhempas.

Menurut Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang, radar pengesan itu digunakan pada hari penerbangan pesawat Hawk pada Khamis lepas, sebelum nahas itu berlaku.

"Dari segi aspek penyiasatan, TUDM telah memperoleh bukti awal daripada radar pengesan dan masih terlalu awal untuk kami membuat kesimpulan dengan apa yang sebenarnya berlaku.

"Di lokasi nahas, TUDM berjaya menjumpai kedua-dua kerusi anjal pesawat Hawk dan bahagian besar bangkai pesawat itu yang tidak tertimbus di kawasan paya," katanya pada sidang berita ketika meninjau kawasan nahas pesawat Hawk di Kampung Yak Yah di sini, hari ini.

BACA: Foto anak arwah Mejar Yazmi menangis dalam dakapan Tunku Azizah undang sebak

BACA: "Mak tidak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad"

BACA: 'Saya ingat dia lambai, saya lambai balik' - Saksi nahas pesawat TUDM

Affendi berkata selepas memperoleh komponen pesawat itu, TUDM akan membuat lakaran kasar untuk menentukan kemungkinan keadaan sebenar pesawat itu terhempas di kawasan berkenaan.

Tambahnya untuk memastikan siasatan dilakukan dengan sistematik TUDM mendapatkan bantuan daripada beberapa agensi bagi termasuk Rejimen Askar Jurutera Diraja dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).


Mengulas lanjut, Affendi berkata pesawat tempur Hawk 108 tidak mempunyai kotak hitam bagi melindungi operasi ketenteraan tetapi TUDM mempunyai kaedah tersendiri bagi menentukan punca nahas.

"Kebanyakan pesawat tentera tidak mempunyai kotak hitam, terutama yang dibeli pada waktu itu dan ia menjadi cabaran kepada kami," katanya lagi.

Dalam kejadian Khamis lalu, pesawat tempur yang dipandu Mejar Yazmi Mohamed Yusof 39, dan Mejar Hasri Zahari, 31, terhempas berhampiran Kampung Yak yah di Chukai Kemaman selepas setengah jam berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kemudiannya menemui kedudukan pesawat latihan berkenaan yang terbenam dalam kawasan berpaya.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Radar TUDM rakam nahas pesawat Hawk 108 sehingga saat terhempas

Sekianlah artikel Radar TUDM rakam nahas pesawat Hawk 108 sehingga saat terhempas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Radar TUDM rakam nahas pesawat Hawk 108 sehingga saat terhempas dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/radar-tudm-rakam-nahas-pesawat-hawk-108.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :