Raja Salman Lantik Anak Sebagai Putera Mahkota

Raja Salman Lantik Anak Sebagai Putera Mahkota - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Raja Salman Lantik Anak Sebagai Putera Mahkota, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Raja Salman Lantik Anak Sebagai Putera Mahkota
link : Raja Salman Lantik Anak Sebagai Putera Mahkota

Baca juga


Raja Salman Lantik Anak Sebagai Putera Mahkota

RIYADH – Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud hari ini mengumumkan pelantikan anaknya, Mohammed bin Salman sebagai putera mahkota, sekaligus mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan Mohammed bin Nayef yang dipecat, lapor agensi berita Jerman DPA.

Mohammed bin Salman, 31, sebelum ini merupakan timbalan putera mahkota manakala bekas putera mahkota Mohammed bin Nayef, 57 adalah anak saudara kepada raja Arab Saudi itu.

DPA yang memetik agensi berita Saudi (SPA) berkata putera mahkota yang baharu dilantik itu turut dinamakan sebagai timbalan perdana menteri, di samping mengekalkan jawatannya sebagai menteri pertahanan.

Beliau yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat, dilihat sebagai tokoh berpengaruh di negara tersebut.

Sebagai menteri pertahanan, beliau turut bertanggungjawab dengan penglibatan Arab Saudi dalam konflik bersenjata di Yaman.

Saluran televisyen al-Arabiya pula melaporkan pelantikan Mohammed bin Salman turut dipersetujui Majlis Taat Setia keluarga diraja manakala majlis taat setia rakyat jelata kepada putera mahkota itu diadakan pada petang Rabu.

Menurut laporan SPA, sebanyak 31 daripada 34 anggota majlis berkenaan mengundi menyokong pelantikan baharu itu. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Raja Salman Lantik Anak Sebagai Putera Mahkota

Sekianlah artikel Raja Salman Lantik Anak Sebagai Putera Mahkota kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Raja Salman Lantik Anak Sebagai Putera Mahkota dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/raja-salman-lantik-anak-sebagai-putera.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :