Rakyat Mesti Fahami Dan Tidak Terperangkap Dalam “Keadilan, Demokrasi & Diplomasi Ala Amerika”

Rakyat Mesti Fahami Dan Tidak Terperangkap Dalam “Keadilan, Demokrasi & Diplomasi Ala Amerika” - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakyat Mesti Fahami Dan Tidak Terperangkap Dalam “Keadilan, Demokrasi & Diplomasi Ala Amerika”, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakyat Mesti Fahami Dan Tidak Terperangkap Dalam “Keadilan, Demokrasi & Diplomasi Ala Amerika”
link : Rakyat Mesti Fahami Dan Tidak Terperangkap Dalam “Keadilan, Demokrasi & Diplomasi Ala Amerika”

Baca juga


Rakyat Mesti Fahami Dan Tidak Terperangkap Dalam “Keadilan, Demokrasi & Diplomasi Ala Amerika”

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Anuar Musa menyifatkan rakyat, terutama umat Islam, sudah tahu apa itu “Keadilan ala Amerika”, “Demokrasi ala Amerika” dan “Diplomasi ala Amerika.”

Ujarnya, rakyat Iraq, Palestin, Libya, Syria, Mesir, Yaman dan beberapa negara lain telah merasainya.

“Satu daripada kepakaran mereka, serta agen-agennya, adalah keupayaan mempengaruhi dan menggunakan ‘kayu untuk menumbangkan kayu’.

“Mereka akan mencari alasan untuk mencampuri urusan dalam negara lain dengan menggunakan penentang, pemberontak dan pembangkang untuk mewujudkan ketidakstabilan dan membawa kepada pertukaran rejim.

“Mereka tidak akan berhenti memulas tangan dan telinga sehingga negara itu tunduk dan hidung dicucuk menjadi sekutu mereka dan hanya solidariti rakyat dan ketahanan nasional serta pimpinan terkuat lagi stabil yang mampu menghalang mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.

Malaysia tegas beliau lagi tidak terkecuali kerana negara ini juga merupakan sebuah lagi negara Islam yang mengalami perkembangan mutakhir rantau ini serta kebangkitan pengaruh negara China melengkapkan alasan dan membuka selera Amerika, terutama agensi-agensi pimpinan pro Zion, yang cukup berpengaruh di sana.

“Dengan menjangkakan PRU14 akan diadakan pada bulan Ogos atau September atau Oktober nanti, mereka khususnya, DoJ, dengan koloborasi kayu-kayu yang mencari kuasa, melancarkan sekali lagi tindakan ‘preemptive’ mereka ke arah pertukaran rejim dengan satu perancangan halus tapi cukup rapi dan terselaras sekali.

“Mereka tidak perlukan kebenaran, beban bukti dan tidak perlu mengikut ‘rule of law’ negara sasar. Ia cukup sekadar aduan, tuduhan, insinuasi dan persepsi dalam mewujudkan ketidakstabilan sesebuah Negara,” tambahnya.

Dalam hal ini, beliau menyeru ahli UMNO yang selama ini menjadi tunjang dan benteng utama negara semenjak penentangan terhadap Malayan Union hingga kini, harus berupaya dan melipatgandakan iltizam dalam bersolidariti serta wala’ bersama saf pimpinan.

“Saya menyeru seluruh ahli UMNO terus mempamerkan ketahanan dan jati diri pada tahap tertinggi bersama semua pihak lain yang sedar serta bersedia memperkasakan perpaduan umah dan mengukuhkan tahallul siyasi bersama kita.

Saya menyeru seluruh kekuatan jentera Penerangan parti di semua peringkat agar tidak mudah alpa, malah sebaliknya melipatgandakan usaha memerangi setiap fitnah, ugutan, perang saraf yang datang dalam pelbagai bentuk dan jenis saluran media,” ujarnya lagi. –MediaUMNO


Demikianlah Artikel Rakyat Mesti Fahami Dan Tidak Terperangkap Dalam “Keadilan, Demokrasi & Diplomasi Ala Amerika”

Sekianlah artikel Rakyat Mesti Fahami Dan Tidak Terperangkap Dalam “Keadilan, Demokrasi & Diplomasi Ala Amerika” kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakyat Mesti Fahami Dan Tidak Terperangkap Dalam “Keadilan, Demokrasi & Diplomasi Ala Amerika” dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/rakyat-mesti-fahami-dan-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :