link : Rakyat mesti pilih parti mentadbir negara dengan seimbang - Shahidan
Rakyat mesti pilih parti mentadbir negara dengan seimbang - Shahidan
Katanya, rakyat harus sedar bahawa Malaysia memerlukan kerajaan yang menyokong perpaduan kaum selain mengutamakan bakti kepada rakyat untuk memimpin dan mentadbir negara.
Beliau berkata pilihan yang bijak oleh rakyat amat penting demi memastikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini terus terjamin sejak sekian lama selain dapat meneruskan agenda kemajuan untuk manfaat semua.
"Sambutan Aidilfitri pada tahun ini merupakan hari raya terakhir sebelum kita menghadapi PRU 14 di mana ia disambut dengan penuh harmoni dengan kemeriahan yang sederhana."Saya yakin rakyat mahukan kerajaan yang stabil. Bukan memilih kumpulan mereka yang suka menimbulkan pelbagai tuduhan serta menganggap orang lain tidak berguna, sedangkan mereka sendiri tidak menjalankan bakti untuk rakyat," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2017 Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Dewan 2020 di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Shahidan berkata kerajaan perlu memastikan setiap kontraktor yang dipilih untuk sebarang projek pembangunan mestilah berwibawa dalam melaksanakan tugas mereka sehingga selesai.
Beliau yang juga anggota Parlimen Arau berkata demikian sebagai mengulas mengenai perkembangan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Arau yang akan beroperasi Julai ini.
"Projek MRSM ini merupakan projek yang tertangguh. Kalau kontraktor pandai melobi tetapi tidak berwibawa inilah masalahnya, projek akan tergendala begitu lama," katanya.
MRSM Arau bakal menempatkan kumpulan pertama seramai 150 orang pelajar tingkatan satu dan 150 orang pelajar tingkatan tiga buat permulaan dan kemasukan penuh akan bermula Januari depan.
-- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Rakyat mesti pilih parti mentadbir negara dengan seimbang - Shahidan
Anda sekarang membaca artikel Rakyat mesti pilih parti mentadbir negara dengan seimbang - Shahidan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/rakyat-mesti-pilih-parti-mentadbir.html