link : Ramadan: Fast2Feed Bantu Mereka Yang Memerlukan
Ramadan: Fast2Feed Bantu Mereka Yang Memerlukan
KOTA BHARU – Yayasan Kemanusian Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid Malaysia) menyasarkan seramai 4,000 orang daripada golongan yang memerlukan di semua negeri di semenanjung untuk diberikan bantuan pada program Fast2Feed Ramadan tahun ini.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanahnya Habsah Marjuni berkata sehingga pertengahan Ramadan, seramai 2,000 penerima daripada golongan tersebut mendapat bantuan melalui program berkenaan membabitkan bantuan keperluan asas dan sumbangan wang tunai.
“Program tersebut merupakan kegiatan utama pihak kami dalam memberikan sumbangan kepada golongan memerlukan terutama anak-anak yatim, penghuni rumah jagaan warga tua, Orang Asli dan golongan pelarian,” katanya kepada Bernama.
Beliau ditemui pada program Coca-Cola dan Muslim Aid Malaysia Bekerjasama Untuk Kebajikan Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Pasaraya Mydin di sini, malam tadi.
Habsah berkata program tersebut mendapat kerjasama daripada syarikat pengeluar air minuman Coca-Cola Malaysia sejak 2010.
“Sokongan berterusan daripada syarikat tersebut membolehkan kami membantu lebih ramai komuniti kurang bernasib baik pada setiap tahun terutamanya ketika Ramadan.
“Kita juga sangat mengalu-alukan sumbangan daripada individu atau syarikat korporat bagi sama-sama memberikan harapan dan bantuan kepada golongan tersebut,” katanya. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Ramadan: Fast2Feed Bantu Mereka Yang Memerlukan
Anda sekarang membaca artikel Ramadan: Fast2Feed Bantu Mereka Yang Memerlukan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/ramadan-fast2feed-bantu-mereka-yang.html