link : Raya bermakna
Raya bermakna
Kuala Lumpur: “Terima kasih masyarakat Islam di seluruh dunia kerana memberi makna kepada sambutan Aidilfitri kami. Tahun ini, kami dapat mengecap nikmat hari raya dengan sumbangan makanan dan pakaian yang diberikan.
“Ketika saudara di tempat lain meriah menyambutnya, kami di sini memulakan hari raya dengan pengagihan sumbangan dan bantuan yang diterima penghujung Ramadan lalu,” kata aktivis Kesatuan Rohingya Arakan, Ibrahim Ali.
Katanya, lebih 8,000 keluarga pelarian Rohingya di sekitar Arakan menyambut Aidilfitri awal pagi Isnin dengan menerima sumbangan khusus hari raya di kem penempatan dan kampung masing-masing.
Menurutnya, kawasan seperti Tae Chung, Dar Paing, Montinya, Bodupa, Ohn Taw Gyi, dan Theatkay Byin yang padat dengan pelarian, tidak ketinggalan menyambut hari raya dan suasana cukup sederhana kerana terpaksa mengharapkan bantuan dari luar.
“Kami juga mengagihkan pakaian hari raya kepada 1,000 keluarga terutama kanak-kanak. Dengan bantuan itu, dapatlah mereka berhari raya tahun ini seadanya,” katanya kepada Harian Metro.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Raya bermakna
Anda sekarang membaca artikel Raya bermakna dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/raya-bermakna.html