Rayu Segera Siasat Duterte

Rayu Segera Siasat Duterte - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rayu Segera Siasat Duterte, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rayu Segera Siasat Duterte
link : Rayu Segera Siasat Duterte

Baca juga


Rayu Segera Siasat Duterte


THE HAGUE: Seorang Senator Filipina kelmarin mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa di sini supaya segera menyiasat ribuan pembunuhan dalam kempen memerangi dadah yang dilancarkan Presiden Rodrigo Duterte.

“Terdapat keperluan segera untuk menjalankan siasatan awal terhadap tuduhan ini,” kata Senator Antonio Trillane.

Ujarnya, dia juga mahu menghalang lebih banyak jenayah terhadap kemanusiaan.

Trillanes, antara pengkritik utama Duterte, pergi ke The Hague untuk mengemukakan maklumat baru kepada mahkamah berkenaan.

Ahli politik pembangkang itu juga menggesa pendakwa raya membuka siasatan terhadap tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan di Filipina.

Trillanes menyerahkan dokumen setebal 45 muka surat untuk melengkapkan laporan yang dihantar oleh seorang peguam Filipina, Jude Sabio pada April lalu yang menuduh Duterte melakukan pembunuhan beramai-ramai.

“Kami menangis meminta bantuan. Kami cuba menghentikan kekebalan Duterte,” kata Trillanes selepas menyerahkan dokumen berkenaan.

Dokumen itu menuduh Duterte menyebabkan hampir 8,000 kematian melalui pembunuhan beramai-ramai yang berulang, berterusan dan tidak berubah.-AFP
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Rayu Segera Siasat Duterte

Sekianlah artikel Rayu Segera Siasat Duterte kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rayu Segera Siasat Duterte dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/rayu-segera-siasat-duterte.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :