link : Resipi Sambal Bilis Terlajak Sedap, Wajib Cuba Bagi Yang Nak Menu Ringkas Untuk Berbuka
Resipi Sambal Bilis Terlajak Sedap, Wajib Cuba Bagi Yang Nak Menu Ringkas Untuk Berbuka
Resipi Sambal Bilis Terlajak Sedap, Wajib Cuba Bagi Yang Nak Menu Ringkas Untuk Berbuka
Boleh dikatakan sambal menjadi kemestian sebagai pembuka selera ketika makan. Dimakan pula dengan nasi putih panas sahaja pun, dah boleh buatkan kita makan bertambah-tambah, sampai mak mentua lalu pun boleh tak perasan lah. Jom cuba salah satu resipi sambal terlajak sedap ni, sebagai salah satu pelengkap hidangan ketika berbuka nanti. Yang mana satu menjadi pilihan dihati?
SAMBAL BILIS PEDAS
Bahan-Bahan:
1 cawan ikan bilis ~ di goreng
15 tangkai cili padi hijau dan merah ~ kalau nak pedas lagi boleh tambah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
1.Goreng ikan bilis ~ ketepikan
2.Goreng juga bawang dan cili padi dengan sedikit minyak hingga layur.
3.Tumbuk bawang dan cili hingga lumat
4.Kemudian tumbuk ikan bilis kasar-kasar
5.Gaulkan semua bahan dalam mangkuk
6.Perasakan dengan garam secukup rasa
Tip: Makan dengan nasi panas begitu sahaja atau lebih enak dinikmati bersama kuah lemak sayur kampung serta ikan goreng mahupun ikan masin.
SAMBAL TOTOK JAWA
Bahan-Bahan:
Segenggam ikan bilis
10-15 tangkai cili padi
3 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan bakar
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa
Jus limau kasturisecukupnya
Cara Membuat:
1.Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
2.Kemudian goreng pula bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah hingga layur.Angkat dan ketepikan.
3.Belacan di bakar atau jika nak goreng sekali pun boleh.
4.Tumbuk ikan bilis kasar-kasar, keluarkan dari lesung dan ketepikan.
5.Kemudian tumbuk pula cili padi, cili merah, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
6.Perasakan sekali dengan garam dan gula.
7.Masukkan dalam bekas dan perahkan limau kasturi
8.Akhir sekali baru campurkan dengan ikan bilis tumbuk tadi dan gaul rata.
Tip: Dengan mencampurkan ikan bilis pada peringkat akhir akan membuatkan sambal terasa rangup bila tergigit ikan bilis.
Kredit Gambar & Resipi: norazlitaaziz.blogspot.my
Demikianlah Artikel Resipi Sambal Bilis Terlajak Sedap, Wajib Cuba Bagi Yang Nak Menu Ringkas Untuk Berbuka
Anda sekarang membaca artikel Resipi Sambal Bilis Terlajak Sedap, Wajib Cuba Bagi Yang Nak Menu Ringkas Untuk Berbuka dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/resipi-sambal-bilis-terlajak-sedap.html